INFO TERKINI
Khamis, 28 Oktober 2010
Rintis e-Disiplin
SK Taman Rinting 1 antara sekolah yang terpilih untuk program Rintis Sistem Kawalan Disiplin Murid (e-Disiplin) bagi Zon Rintis 2. Program ini telah dibangunkan secara 'on-line' oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (Mapan) untuk Kementerian Pelajaran Malaysia dalam langkah menangani masalah disiplin murid.
Jumaat, 22 Oktober 2010
e-Disiplin di Semua Sekolah
ARKIB : 05/05/2008
e-Disiplin di Semua Sekolah Menengah
KUALA TERENGGANU 4 Mei - Sistem e-Disiplin iaitu sistem pengurusan masalah disiplin pelajar secara berkesan dan sistematik berasaskan teknologi web akan diperluaskan kesemua 2,100 buah sekolah menengah seluruh negara dalam tempoh terdekat ini.
Sistem itu yang dibangunkan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (Mapan) sejak Januari tahun lepas terbukti berjaya mengurangkan masalah disiplin pelajar dalam program perintis di 137 sekolah sebelum ini.
Presiden Mapan, Sulaiman Ahmad berkata, berdasarkan kejayaan yang ditunjukkan dalam program perintis itu, Kementerian Pelajaran bersetuju supaya sistem itu diperluaskan di semua sekolah menengah dalam pelaksanaan fasa kedua projek berkenaan.
''Pelaksanaan sistem ini adalah untuk menyahut dan menjayakan agenda pendidikan negara di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9),'' katanya selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara UMT dan Mapan bagi penyelidikan dan pembangunan e-Disiplin di sini hari ini.
UMT diwakili Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Sulaiman Yassin manakala Sulaiman mewakili Mapan pada majlis yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail.
Sementara itu, Naib Canselor UMT itu berkata, aliran sistem kerja bagi e-Disiplin adalah kesemua proses menjatuhkan hukuman kepada pelajar bergantung kepada input kes-kes kesalahan yang dimasukkan menerusi sistem setelah mendapat pengesahan ahli mesyuarat kes disiplin.
Jelasnya, segala cetakan surat amaran serta kemas kini rekod merit kesalahan pelajar dibuat secara automatik oleh sistem berkenaan.
''Jika seorang pelajar melakukan kesalahan, merit pelajar itu akan berkurangan dan ia akan memberi kesan kepada rating disiplin sekolah itu. Oleh itu, apabila seorang pelajar membuat kesalahan, seluruh warga sekolah itu perlu menangani masalah tersebut secara bekerjasama jika tidak mahu rating disiplin sekolah itu terjejas," ujarnya.
Beliau memberitahu, penyelidikan dan pembangunan sistem e-Disiplin diketuai oleh Pengarah Pusat Teknologi Maklumat UMT, Prof. Dr. Md. Yazid Mohd. Saman
bersama tujuh lagi pensyarah yang berpengalaman luas dalam penyelidikan komputer.
Isnin, 11 Oktober 2010
Program Bulan Bahasa Kebangsaan
Perhimpunan pada pagi ini telah diserikan dengan persembahan sajak, puisi, pantun dan bercerita oleh lima orang murid termasuk dua orang daripada Pra-sekolah. Persembahan ini adalah bersempena Program Bulan Bahasa Kebangsaan bermula pada hari ini dan telah dirasmikan pembukaannya oleh Tuan Guru Besar, En. Mohammed Salleh B Mizan.
Sepanjang program ini, Panitia Bahasa Melayu selaku penganjur program telah mengatur pelbagai aktiviti untuk disertai oleh murid-murid. Antaranya ialah:-
=| Menulis surat
=| Tulisan Cantik
=| Shahiba
=| Bercerita
=| Mendeklamasikan sajak
=| Kuiz Bahasa Melayu
=| Kuiz Tatabahasa
Aktiviti-aktiviti ini dipertandingkan mengikut tahap.
"Bahasa Jiwa Bangsa"
Isnin, 4 Oktober 2010
Kejohanan Sukaneka Sekolah
Antara acara yang dipertandingkan ialah seperti berikut:-
=/ Hantu Cina
=/ Terompah Gergasi
=/ Cey Ki Tey Onn
=/ Bola Tengo
=/ Jambatan Tak Siap
=/ Bola Layang
=/ Kepit-kepit Bola
=/ Skiping Gelung Rotan
=/ Pocong
=/ Isi Air ke Dalam Botol
=/ Obor Sukan
=/ Leret Bola
Gambar sepanjang kejohanan. Saksikan...
Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan
Dalam majlis yang sama, Tuan Guru Besar turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang telah diadakan. Di akhir majlis, semua murid dan guru menyanyi bersama sebuah lagu patriotik dan ditutup dengan nyanyian Lagu Negaraku.
Bingkisan Foto