18 Jan. 14 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1435H telah berjaya dilaksanakan.
Pada tahun ini, majlis sambutan peringkat Zon Rintng itu diadakan dan dianjurkan dengan kerjasama antara Masjid Taman Rinting dan PPD Pasir Gudang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan perarakan yang melibatkan sekolah-sekolah yang berdekatan, tilawah al-Quran dan kemuncaknya adalah ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Haryanto Rizal.
Dalam pertandingan perarakan, SK Taman Rinting 1 telah muncul sebagai johan bagi kategori sekolah rendah.
Tahniah diucapkan. Berikut antara foto-foto sepanjang majlis tersebut.