Perhimpunan pada pagi ini telah diserikan dengan Majlis Ambang Kemerdekaan dengan penuh meriah dan bersemangat. Warga SKTR1 telah dipertontonkan dengan persembahan sajak kemerdekaan dan pentomin oleh murid. Murid-murid memberi tepukan gemuruh kepada sewaktu pentomin dipersembahkan.
Majlis itu dihangatkan dengan persembahan video Perpaduan Negara, laungan merdeka oleh Tuan Guru Besar dan nyanyian lagu-lagu patriotik. Saksikan foto-foto yang sempat diambil...
INFO TERKINI
Isnin, 30 Ogos 2010
Jumaat, 27 Ogos 2010
Majlis Khatam Al-Quran
Pada hari Jumaat( 27 Ogos) yang lepas, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Khatam Al-Quran sempena sambutan Nuzul Al-Quran peringkat sekolah yang dikelolakan oleh Panitia Agama. Pada majlis yang sama, Tuan Guru Besar telah memberi nasihat, dalam ucapannya kepada semua murid untuk menghayati ajaran al-quran dan mengamalkan ajaran agama sebagai benteng kepada permasalahan sosial remaja yang berlaku dewasa ini.
Murid-murid miskin dan anak-anak yatim turut diraikan dengan penyampaian sumbangan yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.
FOTO SEPANJANG MAJLIS
Murid-murid miskin dan anak-anak yatim turut diraikan dengan penyampaian sumbangan yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.
FOTO SEPANJANG MAJLIS
Jumaat, 20 Ogos 2010
Hari Terbuka SKTR1
Pada hari ini telah berlangsung Hari Terbuka SKTR1 dengan jayanya. Ibu bapa datang bersama anak masing-masing bertemu muka dengan guru kelas bagi membincangkan prestasi anak-anak mereka di sekolah.
Pada hari yang sama, telah berlangsung Majlis Ramah Mesra bersama ibu bapa dan calon 5A UPSR 2010. Majlis berjalan lancar dengan penyertaan yang memberangsangkan daripada ibu bapa yang hadir untuk meluahkan pandangan mereka.
Tuan Guru Besar sempat membentangkan statistik pencapaian akademik semasa untuk memberikan gambaran yang jelas kepada ibu bapa yang hadir. Majlis ini antara lain bertujuan untuk memberi sokongan dan memastikan calon-calon 5A ini dapat membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi UPSR yang hampir tiba.

Foto Sepanjang Program
Khamis, 19 Ogos 2010
Menyemarakkan Bulan Kemerdekaan
Sempena Bulan Kemerdekaan, SKTR1 telah mengatur program-program sepanjang bulan ini untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan warga SKTR1. Antara program yang bakal diadakan ialah seperti:
Sebahagian daripada program di atas telah/sedang diadakan. Sama-sama kita jayakan.
"Cintai Tanah Air/ Watan Sebahagian Daripada Iman"
- Mewarna & Melukis Poster
- Pertandingan Keceriaan Kelas
- Reka Cipta Mercu Tanda Negara
- Jigsaw Puzzle & Menara Kertas
- Persembahan dan banyak lagi.
Sebahagian daripada program di atas telah/sedang diadakan. Sama-sama kita jayakan.
"Cintai Tanah Air/ Watan Sebahagian Daripada Iman"
Rabu, 18 Ogos 2010
UPSR: Calon 5A SKTR1
SKTR1 telah mengenal pasti 42 orang calon 5A bagi UPSR 2010 ini. Calon-calon tersebut adalah seperti berikut. Selamat maju jaya kepada semua.
Isnin, 9 Ogos 2010
UPSR: Penyerahan Watikah Akuan
Perhimpunan pada pagi hari ini, telah diserikan dengan penyerahan Watikah Akuan UPSR 2010 kepada 14 orang murid Tahun 6 yang cemerlang dan diakui layak, sekaligus dicalonkan sebagai calon 5A bagi UPSR 2010. Sijil watikah tersebut telah dikeluarkan oleh PPD Pasir Gudang sendiri dan disempurnakan penyerahannya oleh Tuan Guru Besar, En. Mohamad Salleh B. Mizan.
Mudah-mudahan dengan penyerahan watikah ini akan menaikkan lagi semangat 14 orang calon 5A khususnya dan umumnya kepada semua murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada September ini.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon UPSR 2010 daripada guru-guru SKTR1.
Khamis, 5 Ogos 2010
Dana Membaik Pulih Surau SKTR1
PIBG SKTR1 sedang menjalankan kempen pungutan derma/ sumbangan bagi Dana Membaik Pulih Surau SKTR1. Dana ini diwujudkan bertujuan membaik pulih dan membesarkan Surau SKTR1 bagi memberi keselesaan untuk menggunakannya. Surau SKTR1 ini, telah mengalami keusangan pada bumbung terutamanya ketika waktu hujan lebat.
Kutipan bagi dana ini telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Negeri Johor (Surat Kebenaran: JB 10/2010) bertarikh 26 April 2010. Anggaran kutipan bagi dana ini memerlukan sebanyak RM 30 000.00 sebelum akhir November 2010.
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan/ sumbangan bagi tujuan dana ini bolehlah sampaikan dalam bentuk cek/ wang pos/ money order atas nama PIBG SEK KEB TAMAN RINTING 1 atau secara tunai kepada Sek. Taman Rinting 1 (U.p: Pn. Norasikin Hussain, Bendahari PIBG). Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Tn. Hj. Abdul Aziz Naemat, YDP PIBG di talian 012-7501424 atau pihak sekolah di talian 07-2518003.
Semoga derma sumbangan tuan-tuan dan puan-puan akan diganjari dengan pahala yang berterusan oleh Allah Ta'ala.
Majlis Bacaan Yassin Perdana
SKTR1 akan menganjurkan Majlis Bacaan Yassin Perdana di bawah Panitia Pendidikan Agama Islam yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 6 Ogos 2010 (Jumaat)
Masa: 7.00 pg - 9.00 pg
Tempat: Dataran Muafakat
Majlis ini diadakan sempena meraikan kedatangan Ramadhan al-Mubarak, UPSR dan juga Bulan Kemerdekaan.
*************************************
Bingkisan Program