INFO TERKINI
Khamis, 11 November 2010
Perkhemahan Unit Beruniform
Unit Ko-kurikulum akan menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform bagi tahun 2010 yang bertempat di SKTR1. Perkhemahan akan bermula pada 14 November dan berakhir pada tengahari hari Ahad 14 November.
Peserta yang telah berdaftar adalah seramai 100 orang. Sepanjang perkhemahan tersebut, murid akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran seperti:
=\ Mendirikan khemah
=\ Ikatan dan pertolongan cemas
=\ Ikhtiar hidup
=\ Kawad kaki dan lain-lain lagi..
Selamat berkhemah diucapkan kepada para peserta yang terlibat.
UPSR: Keputusan Mendebarkan
Untuk tahun ini, SKTR1 telah mencatatkan keputusan 5A hanya seramai 5 orang berbanding 14 orang pada tahun lepas. Murid yang memperoleh keputusan 5A ialah:
- Azirah Bt. Azhan
- Mohd Amir Ezzat B. Mohd Jais
- Mohd Nor Hisyam B. Nor Azlan
- Nur Azwa Narina Bt. Ramli
- Nur Ain Athirah Bt. Manzor Alam
Kokurikulum: Pertandingan 'Outdoor'
Bermula pada 10 November dan berakhir pada hari ini (Rabu-Khamis), Unit Kokurikulum telah menganjurkan dua pertandingan terbuka kepada murid-murid SKTR1. Penyertaan pertandingan amat memberangsangkan.
Sebanyak 39 kumpulan murid lelaki telah didaftarkan untuk pertandingan bola sepak 3 sebelah. Manakala sebanyak 9 kumpulan murid perempuan telah mendaftarkan diri bagi pertandingan bola jaring 3-sebelah.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Bola Sepak 3-sebelah
- Juara ...........|Soccer Boy|
- Naib Juara ..|Pokok Renting|
- Ketiga ..........|Soccer Rangers|
- Keempat .....|Muslimeen Utd.|
Bola Jaring 3-sebelah
=| Tahun 5
- Juara ...........|3 Point 5 Champion|
- Naib Juara ..|Gemilang Team|
- Ketiga ..........|Beatiful Girls|
- Keempat .....|A'3'N|
- Kelima .........|Shine of The World|
- Juara ...........|Best Friends Forever|
- Naib Juara ..|Yakin Boleh|
- Ketiga ..........|Sweet Girl|
- Keempat .....|The Star|
Saksikan aksi-aksi yang sempat dirakam oleh juru kamera...
(tunggu esoknya... )
Rabu, 3 November 2010
Kejohanan Ragbi B-11 2010
Pasukan Ragbi SKTR1 telah menyertai Kejohanan Ragbi B-11, Kluang Open 7's 2010 yang diadakan di SK LKTP Kahang Barat, Kluang pada 30-31 Okt lalu. Pasukan dari SKTR1 telah berjaya merangkul tempat ke-3 dalam kategori 'CUP'.
Pasukan SKTR1 telah dipimpin oleh Cikgu Haadzim, Jurulatih Pasukan dan Cikgu Shahrul Azrul sebagai Pengurus Pasukan. Tahniah diucapkan.
Selasa, 2 November 2010
Sambutan Hari Kanak-kanak 2010
Antara objektif sambutan ini diadakan ialah:
- Menyemai sifat toleransi dan berdaya saing yang sihat dikalangan kanak-kanak
- Menanam semangat setiakawan di antara murid dan warga sekolah .
- Menyemai semangat muhibbah antara kaum.
Aktiviti yang telah dijalankan:
- Pertandingan buku skrap
- Pertandingan mewarna anjuran - Utusan Malaysia .
- Slot penjagaan gigi - Southern Lion)
- Pertandingan menyampul buku
- Pertandingan pakaian beragam
Berita penuh ada disiarkan di sini.
Murid -murid yang memenangi pertandingan telah berjaya membawa pulang pelbagai hadiah yang menarik. Tahniah diucapkan.
Pihak sekolah dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Sambutan Hari Kana-kanak 2010 ini, terutama kepada Utusan Malaysia dan juga Southern Lion atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan.
Saksikan bingkisan foto yang sempat dirakam...
Khamis, 28 Oktober 2010
Rintis e-Disiplin
SK Taman Rinting 1 antara sekolah yang terpilih untuk program Rintis Sistem Kawalan Disiplin Murid (e-Disiplin) bagi Zon Rintis 2. Program ini telah dibangunkan secara 'on-line' oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (Mapan) untuk Kementerian Pelajaran Malaysia dalam langkah menangani masalah disiplin murid.
Jumaat, 22 Oktober 2010
e-Disiplin di Semua Sekolah
ARKIB : 05/05/2008
e-Disiplin di Semua Sekolah Menengah
KUALA TERENGGANU 4 Mei - Sistem e-Disiplin iaitu sistem pengurusan masalah disiplin pelajar secara berkesan dan sistematik berasaskan teknologi web akan diperluaskan kesemua 2,100 buah sekolah menengah seluruh negara dalam tempoh terdekat ini.
Sistem itu yang dibangunkan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (Mapan) sejak Januari tahun lepas terbukti berjaya mengurangkan masalah disiplin pelajar dalam program perintis di 137 sekolah sebelum ini.
Presiden Mapan, Sulaiman Ahmad berkata, berdasarkan kejayaan yang ditunjukkan dalam program perintis itu, Kementerian Pelajaran bersetuju supaya sistem itu diperluaskan di semua sekolah menengah dalam pelaksanaan fasa kedua projek berkenaan.
''Pelaksanaan sistem ini adalah untuk menyahut dan menjayakan agenda pendidikan negara di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9),'' katanya selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara UMT dan Mapan bagi penyelidikan dan pembangunan e-Disiplin di sini hari ini.
UMT diwakili Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Sulaiman Yassin manakala Sulaiman mewakili Mapan pada majlis yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail.
Sementara itu, Naib Canselor UMT itu berkata, aliran sistem kerja bagi e-Disiplin adalah kesemua proses menjatuhkan hukuman kepada pelajar bergantung kepada input kes-kes kesalahan yang dimasukkan menerusi sistem setelah mendapat pengesahan ahli mesyuarat kes disiplin.
Jelasnya, segala cetakan surat amaran serta kemas kini rekod merit kesalahan pelajar dibuat secara automatik oleh sistem berkenaan.
''Jika seorang pelajar melakukan kesalahan, merit pelajar itu akan berkurangan dan ia akan memberi kesan kepada rating disiplin sekolah itu. Oleh itu, apabila seorang pelajar membuat kesalahan, seluruh warga sekolah itu perlu menangani masalah tersebut secara bekerjasama jika tidak mahu rating disiplin sekolah itu terjejas," ujarnya.
Beliau memberitahu, penyelidikan dan pembangunan sistem e-Disiplin diketuai oleh Pengarah Pusat Teknologi Maklumat UMT, Prof. Dr. Md. Yazid Mohd. Saman
bersama tujuh lagi pensyarah yang berpengalaman luas dalam penyelidikan komputer.
Isnin, 11 Oktober 2010
Program Bulan Bahasa Kebangsaan
Perhimpunan pada pagi ini telah diserikan dengan persembahan sajak, puisi, pantun dan bercerita oleh lima orang murid termasuk dua orang daripada Pra-sekolah. Persembahan ini adalah bersempena Program Bulan Bahasa Kebangsaan bermula pada hari ini dan telah dirasmikan pembukaannya oleh Tuan Guru Besar, En. Mohammed Salleh B Mizan.
Sepanjang program ini, Panitia Bahasa Melayu selaku penganjur program telah mengatur pelbagai aktiviti untuk disertai oleh murid-murid. Antaranya ialah:-
=| Menulis surat
=| Tulisan Cantik
=| Shahiba
=| Bercerita
=| Mendeklamasikan sajak
=| Kuiz Bahasa Melayu
=| Kuiz Tatabahasa
Aktiviti-aktiviti ini dipertandingkan mengikut tahap.
"Bahasa Jiwa Bangsa"
Isnin, 4 Oktober 2010
Kejohanan Sukaneka Sekolah
Antara acara yang dipertandingkan ialah seperti berikut:-
=/ Hantu Cina
=/ Terompah Gergasi
=/ Cey Ki Tey Onn
=/ Bola Tengo
=/ Jambatan Tak Siap
=/ Bola Layang
=/ Kepit-kepit Bola
=/ Skiping Gelung Rotan
=/ Pocong
=/ Isi Air ke Dalam Botol
=/ Obor Sukan
=/ Leret Bola
Gambar sepanjang kejohanan. Saksikan...
Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan
Dalam majlis yang sama, Tuan Guru Besar turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang telah diadakan. Di akhir majlis, semua murid dan guru menyanyi bersama sebuah lagu patriotik dan ditutup dengan nyanyian Lagu Negaraku.
Bingkisan Foto
Isnin, 27 September 2010
Sabtu, 25 September 2010
Majlis Perpisahan
Sudah 3 bulan berlalu dan semalam merupakan hari terakhir bagi tiga orang guru praktikum dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru, berada di SKTR1 ini menimba ilmu dan pengalaman. Semalam, majlis serba ringkas sempat diadakan dan Tuan Guru Besar sempat berucap dan banyak nasihat yang telah diberikan kepada semua.
Dengan itu, warga SKTR1 mengucapkan syabas kepada semua bakal guru ini dan dapat berbakti kelak kepada bangsa dan watan ini dengan jayanya. Selamat maju jaya diucapkan.
Isnin, 20 September 2010
Jumaat, 17 September 2010
Kem Bestari Solat, Majlis Solat Hajat Kesyukuran & Jamuan Hari Raya
SKTR1 akan menganjurkan Kem Bestari Solat, Majlis Solat Hajat Kesyukuran & Jamuan Hari Raya 2010 seperti maklumat berikut:-
Tarikh: 18 Sept. 2010
Hari : Sabtu
Tempat: Dewan Muafakat, SKTR1
Tentatif program seperti berikut:-
=/ Pengenalan & Amali Solat Jenazah (12.30pm - 4.00pm)
=/ Solat Asar Berjemaah & Riadah Hati (5.00pm)
=/ Zikir Munajat (7.00pm)
=/ Solat Magrib Berjemaah & Solat Hajat (7.15pm)
=/ Jamuan Hari Raya Aidil Fitri (8.45pm)
Semua ibu bapa, guru, dan murid dijemput hadir.
|FOTO SEPANJANG PROGRAM|
Kem Bestari Solat
Majlis Solat Hajat & Jamuan Hari Raya
Jumaat, 10 September 2010
Selamat Hari Raya Eidul Fitri
Isnin, 30 Ogos 2010
Ambang Kemerdekaan
Majlis itu dihangatkan dengan persembahan video Perpaduan Negara, laungan merdeka oleh Tuan Guru Besar dan nyanyian lagu-lagu patriotik. Saksikan foto-foto yang sempat diambil...
Jumaat, 27 Ogos 2010
Majlis Khatam Al-Quran
Murid-murid miskin dan anak-anak yatim turut diraikan dengan penyampaian sumbangan yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.
FOTO SEPANJANG MAJLIS
Jumaat, 20 Ogos 2010
Hari Terbuka SKTR1
Pada hari yang sama, telah berlangsung Majlis Ramah Mesra bersama ibu bapa dan calon 5A UPSR 2010. Majlis berjalan lancar dengan penyertaan yang memberangsangkan daripada ibu bapa yang hadir untuk meluahkan pandangan mereka.
Tuan Guru Besar sempat membentangkan statistik pencapaian akademik semasa untuk memberikan gambaran yang jelas kepada ibu bapa yang hadir. Majlis ini antara lain bertujuan untuk memberi sokongan dan memastikan calon-calon 5A ini dapat membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi UPSR yang hampir tiba.
Khamis, 19 Ogos 2010
Menyemarakkan Bulan Kemerdekaan
- Mewarna & Melukis Poster
- Pertandingan Keceriaan Kelas
- Reka Cipta Mercu Tanda Negara
- Jigsaw Puzzle & Menara Kertas
- Persembahan dan banyak lagi.
Sebahagian daripada program di atas telah/sedang diadakan. Sama-sama kita jayakan.
"Cintai Tanah Air/ Watan Sebahagian Daripada Iman"
Rabu, 18 Ogos 2010
UPSR: Calon 5A SKTR1
Isnin, 9 Ogos 2010
UPSR: Penyerahan Watikah Akuan
Perhimpunan pada pagi hari ini, telah diserikan dengan penyerahan Watikah Akuan UPSR 2010 kepada 14 orang murid Tahun 6 yang cemerlang dan diakui layak, sekaligus dicalonkan sebagai calon 5A bagi UPSR 2010. Sijil watikah tersebut telah dikeluarkan oleh PPD Pasir Gudang sendiri dan disempurnakan penyerahannya oleh Tuan Guru Besar, En. Mohamad Salleh B. Mizan.
Mudah-mudahan dengan penyerahan watikah ini akan menaikkan lagi semangat 14 orang calon 5A khususnya dan umumnya kepada semua murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada September ini.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon UPSR 2010 daripada guru-guru SKTR1.
Khamis, 5 Ogos 2010
Dana Membaik Pulih Surau SKTR1
PIBG SKTR1 sedang menjalankan kempen pungutan derma/ sumbangan bagi Dana Membaik Pulih Surau SKTR1. Dana ini diwujudkan bertujuan membaik pulih dan membesarkan Surau SKTR1 bagi memberi keselesaan untuk menggunakannya. Surau SKTR1 ini, telah mengalami keusangan pada bumbung terutamanya ketika waktu hujan lebat.
Kutipan bagi dana ini telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Negeri Johor (Surat Kebenaran: JB 10/2010) bertarikh 26 April 2010. Anggaran kutipan bagi dana ini memerlukan sebanyak RM 30 000.00 sebelum akhir November 2010.
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan/ sumbangan bagi tujuan dana ini bolehlah sampaikan dalam bentuk cek/ wang pos/ money order atas nama PIBG SEK KEB TAMAN RINTING 1 atau secara tunai kepada Sek. Taman Rinting 1 (U.p: Pn. Norasikin Hussain, Bendahari PIBG). Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Tn. Hj. Abdul Aziz Naemat, YDP PIBG di talian 012-7501424 atau pihak sekolah di talian 07-2518003.
Semoga derma sumbangan tuan-tuan dan puan-puan akan diganjari dengan pahala yang berterusan oleh Allah Ta'ala.
Majlis Bacaan Yassin Perdana
Tarikh: 6 Ogos 2010 (Jumaat)
Masa: 7.00 pg - 9.00 pg
Tempat: Dataran Muafakat
Majlis ini diadakan sempena meraikan kedatangan Ramadhan al-Mubarak, UPSR dan juga Bulan Kemerdekaan.
*************************************
Bingkisan Program
Khamis, 29 Julai 2010
Bulan Kempen Kesihatan 2010
SKTR1 di bawah Unit Bimbingan & Kaunseling telah menganjurkan program Bulan Kempen Kesihatan 2010. Kempen ini bertujuan menggalakkan kesedaran dalam kalangan murid tentang kepentingan menjaga dan mengekalkan kebersihan dan tubuh badan yang sihat.
Setiap kelas telah memilih 10 orang murid bagi mewakili 3 kategori yang dipertandingan, iaitu:-
- Pakaian Seragam
- Rambut Kemas Terurus
- Gigi Cantik Teratur & Bersih
Kemuncak program akan diadakan pada 30 Julai 2010 (Jumaat), 8.00 pagi - 9.00 pagi untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori.
"Amalkan Kebersihan, Kekalkan Kesihatan Anda"
Khamis, 22 Julai 2010
Majlis Perpisahan
Minggu ini adalah merupakan minggu terakhir beliau bertugas di SKTR1. Warga SKTR1 ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat yang telah beliau curahkan selama ini.
Selamat maju jaya diucapkan kepada Pn. Zuraidah.