Kerja-kerja baik pulih surau sekolah masih berjalan. Pihak PIBG juga masih mengharapkan sumbangan daripada orang ramai untuk menampung kos perbelanjaan bagi projek baik pulih ini.
Untuk perkembangan lanjut, sila klik di sini.
INFO TERKINI
Isnin, 17 Januari 2011
Ahad, 9 Januari 2011
Hari Keluarga SKTR1 2010
Kelab Guru & Kakitangan (KGK) telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga bagi tahun 2010. Program tersebut telah diadakan di Star Hill, Kulai pada 8 Jan. 2011 dengan penyertaan hampir 80 orang. Lima sukaneka telah dipertandingkan dan kelima-lima kumpulan masing-masing mendapat hadiah.
Gambar-gambar sekitar Hari Keluarga Kelab Guru & Kakitangan (KGK).. saksikan.
Isnin, 3 Januari 2011
Baik Pulih Surau Sekolah
AlhamduliLlah, kerja-kerja baik pulih surau sekolah telah mula dijalankan sejak cuti sekolah akhir tahun lepas. Kerja-kerja ini dapat dimulakan atas kesepakatan yang dicapai antara PIBG dan kontraktor dalam mesyuarat baru-baru ini. Pihak kontraktor telah bermurah hati untuk mendahulukan pembinaannya, biarpun jumlah kutipan dana masih belum mencukupi.
Untuk itu, pihak PIBG SKTR1 masih mengharapkan sumbangan ibu bapa dan juga orang ramai untuk terus menghulurkan bantuan bagi memastikan keselesaan murid-murid SKTR1 dapat menggunakan surau dengan selesa. Perkembangan baik pulih surau boleh diikuti di sini.

Selamat Kembali Ke Sekolah
Hari ini, 3 Januari merupakan hari pertama persekolah bagi sesi 2011 yang dimulakan serentak di seluruh negara. Pada hari ini juga, Perhimpunan Pagi Mingguan telah pun diadakan. Sudah tentu pada awal persekolahan ini, murid-murid diingatkan semula tentang peraturan dan juga pembentukan disiplin dan juga sahsiah.
Dalam ucapan Tuan Guru Besar di perhimpunan pagi tadi, turut menyentuh tentang aspek 'kemenjadian' murid yang menjadi sebahagian besar pengukuran kepada prestasi sekolah dan juga guru. Warga SKTR1 sentiasa didedahkan dengan istilah "Kemenjadian" ini supaya mereka faham apa hakikat dan tujuan ianya diperkenalkan.
Sebelum itu, pihak pentadbiran sekolah dan juga guru-guru telah seminggu lebih awal berada di sekolah bagi membuat persiapan dengan mengadakan mesyuarat pengurusan, kursus dalaman dan juga persiapan tempat bagi memastikan perlaksanaan kurikulum baru, KSSR yang baru diperkenalkan dapat dijalankan dengan lancar.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua murid dan juga warga pendidika.