Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Perhatian kepada Ibu bapa murid Tahun 6 SK. Taman Rinting 1, Majlis Solat Hajat Perdana dan Ceramah Motivasi UPSR 2015 akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :
Tarikh : 25 Ogos 2015 (Selasa)
Masa : 07.00 Petang - 11.00 Malam
Tempat : Gelanggang Muafakat SK. Taman Rinting 1
Sehubungan dengan itu, semua murid dan Ibu bapa diwajibkan hadir pada program tersebut.
Segala kerjasama dan sokongan semua pihak kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga anak-anak kita cemerlang di dunia dan akhirat.
Sekian.