25 Sept.- Kempen "Kenali Anak Kita" adalah kempen kemasyarakatan yang dianjurkan oleh PENGASIH dengan usahasama PETRONAS. Seminar ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Johor Jaya bagi Zon Selatan yang merangkumi tiga buah negeri dibahagian selatan tanahair. Perlaksanaan kempen ini juga adalah dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan keluarga Negara (LPPKN), Kementerian Pelajaran Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Persatuan Ibu dan Guru (PIBG), serta agensi kerajaan tempatan. Maklumat lanjut tentang kempen ini di sini.
Dalam seminar tersebut, beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh tiga orang pembentang yang cuba mengenegahkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan anak-anak remaja masa kini bagi membangkitkan kesedaran para ibu bapa dalam langkah pencegahan yang berkesan terhadap masalah sosial dewasa ini.