1 Jan. 14 - Perhimpunan rasmi sempena hari pertama persekolahan telah dijalankan pada awal pagi tadi. Majlis tersebut telah diisikan dengan ucapan Tuan Guru Besar, En. Shamsudin Yamhari. Guru Besar mengalu-alukan kedatangan semua murd dan segelintir ibu bapa yang hadir.
Dalam ucapan ringkas tersebut, beliau sempat menyentuh beberapa perkara termasuklah mengingatkan murid-murid tentang rekod kedatangan dan juga peraturan sekolah. Ucapan beliau berakhir selepas lebih dua minit berucap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan