18 MAC - Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah peringkat daerah telah diadakan di SK Kota Masai 2 selama sehari. Pelbagai pertandingan telah diadakan pada karnival tersebut seperti Bicara Berirama, Pesta Pantun, Bercerita Tahap 1 dan 2, dan Pidato Diraja.
Keputusan rasminya, peserta dari SK Taman Rinting 1 telah berjaya menjadi Naib Johan bagi pertandingan Bicara Berirama dan "Anugerah Konduktor Terbaik" telah dinobatkan kepada konduktor dari SKTR1, Adik Mohd Hariz Danial Bin Mohd Ruzaidi. Sekalung tahniah kepada guru-guru yang terlibat. Berikut antara foto yang berkaitan.
|
Anugerah Konduktor Terbaik |
|
Persembahan sebelum pertandingan |