Hari ini telah diumumkan keputusan UPSR bagi tahun 20
10 oleh Tuan Guru Besar, En. Mohammed Salleh B. Mizan di Gelanggang Muafakat. Debaran dirasai semua murid tahun 6 yang berada di sana menunggu keputusan yang bakal mereka peroleh. Beberapa ibu bapa turut hadir menemani anak mereka untuk menerima keputusan yang tersebut.
Untuk tahun ini, SKTR1 telah mencatatkan keputusan 5A hanya seramai 5 orang berbanding 14 orang pada tahun lepas. Murid yang memperoleh keputusan 5A ialah:
- Azirah Bt. Azhan
- Mohd Amir Ezzat B. Mohd Jais
- Mohd Nor Hisyam B. Nor Azlan
- Nur Azwa Narina Bt. Ramli
- Nur Ain Athirah Bt. Manzor Alam
Tahniah diucapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan