
Dalam ucapan Tuan Guru Besar di perhimpunan pagi tadi, turut menyentuh tentang aspek 'kemenjadian' murid yang menjadi sebahagian besar pengukuran kepada prestasi sekolah dan juga guru. Warga SKTR1 sentiasa didedahkan dengan istilah "Kemenjadian" ini supaya mereka faham apa hakikat dan tujuan ianya diperkenalkan.
Sebelum itu, pihak pentadbiran sekolah dan juga guru-guru telah seminggu lebih awal berada di sekolah bagi membuat persiapan dengan mengadakan mesyuarat pengurusan, kursus dalaman dan juga persiapan tempat bagi memastikan perlaksanaan kurikulum baru, KSSR yang baru diperkenalkan dapat dijalankan dengan lancar.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua murid dan juga warga pendidika.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan