INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Jumaat, 25 Mac 2011

Lawatan Ke Pusat Bekalan Air Sultan Iskandar

(Dikemaskini-Foto) Seramai 40 orang murid telah dipilih bersama 4 orang guru pengiring yang menyertai lawatan tersebut. Lawatan ini diadakan sempena Hari Terbuka Pusat Bekalan Air Sultan Iskandar, Masai. Lawatan akan dibuat pada ketetapan berikut:

Tarikh: 26 Mac 2011 | Sabtu
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Berkumpul: SK Taman Rinting 1
Pakaian: Pakaian sekolah lengkap

Sempena Hari Air Sedunia.


Lawatan ke Pusat Bekalan Air Sultan Iskandar berjaya dillakukan. Para peserta banyak mendapat pendedahan tentang bagaimana air diproses sehingga dapat digunakan untuk kegunaan harian. Para peserta terlebih dahulu diberikan taklimat sebelum dapat melihat pemprosesan air mentah dibuat. Pegawai yang mengiringi kumpulan peserta banyak memberikan maklumat yang berguna. Maklumat yang lebih penting; bagaimana air perlu digunakan tanpa pembaziran. Hargailah sumber air kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan