22 JUN - Hari Terbuka Sekolah 2012 telah berjaya diadakan yang bermula pada jam 7.30 pagi. Murid-murid bersama ibu bapa bergerak ke kelas masing-masing untuk mendapatkan Buku Adab dan berbincang secara langsung dengan guru kelas.
Murid-murid Tahun 6 yang ditemani ibu bapa pula berkumpul dalam satu majlis perjumpaan khas bersama Tuan Guru Besar, En. Mohammed Salleh Bin Mizan serta guru-guru mata pelajaran bagi mendapatkan penerangan dan taklimat berkenaan sasaran pihak sekolah dalam UPSR 2012 nanti.
Hari Terbuka pada kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa gerai menjual buku yang membekalkan pelbagai buku latihan, buku rujukan murid dan juga buku-buku bacaan umum. Ini termasuklah pembukaan kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi menggalakan 'Kempen Menabung' dalam kalangan murid-murid sekolah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan