INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Isnin, 27 September 2010

Sabtu, 25 September 2010

Majlis Perpisahan


Sudah 3 bulan berlalu dan semalam merupakan hari terakhir bagi tiga orang guru praktikum dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru, berada di SKTR1 ini menimba ilmu dan pengalaman. Semalam, majlis serba ringkas sempat diadakan dan Tuan Guru Besar sempat berucap dan banyak nasihat yang telah diberikan kepada semua.
Dengan itu, warga SKTR
1 mengucapkan syabas kepada semua bakal guru ini dan dapat berbakti kelak kepada bangsa dan watan ini dengan jayanya. Selamat maju jaya diucapkan.

Isnin, 20 September 2010

Selamat Menghadapi UPSR 2010

Semua warga SKTR1 mengucapkan selamat menghadapi UPSR 2010 kepada semua calon yang akan mendudukinya bermula 21-23 Sept. 2010. Semoga semua calon dapat menghadapinya dengan dan yakin. Kami doakan kejayaan kalian semua.
Selamat maju jaya.

Jumaat, 17 September 2010

Kem Bestari Solat, Majlis Solat Hajat Kesyukuran & Jamuan Hari Raya



SKTR1 akan menganjurkan Kem Bestari Solat, Majlis Solat Hajat Kesyukuran & Jamuan Hari Raya 2010 seperti maklumat berikut:-

Tarikh: 18 Sept. 2010
Hari : Sabtu
Tempat: Dewan Muafakat, SKTR1


Tentatif program seperti berikut:-

=/ Pengenalan & Amali Solat Jenazah (12.30pm - 4.00pm)
=/ Solat Asar Berjemaah & Riadah Hati (5.00pm)
=/ Zikir Munajat (7.00pm)
=/ Solat Magrib Berjemaah & Solat Hajat (7.15pm)
=/ Jamuan Hari Raya Aidil Fitri (8.45pm)

Semua ibu bapa, guru, dan murid dijemput hadir.


|FOTO SEPANJANG PROGRAM|

Kem Bestari Solat





Majlis Solat Hajat & Jamuan Hari Raya

Jumaat, 10 September 2010

Selamat Hari Raya Eidul Fitri

"Kullu 'aam wa antum bikhair"

Salam Eidil Fitri diucapkan kepada semua umat Islam daripada kami warga SKTR1.