INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Jumaat, 6 Januari 2012

Program Transisi Murid Tahun 1 & Pra Sekolah

3 JAN. 2012 - Para ibu bapa/ penjaga murid-murid Tahun 1 telah diberikan taklimat berkenaan dengan KSSR, LINUS, SPBT dan peraturan sekolah yang diadakan di Gelanggang Muafakat. Sementara itu, murid-murid Tahun 1 ditempatkan di kelas masing-masing untuk Program Pengenalan Transisi.

Pada tahun ini, seramai 115 orang murid telah didaftarkan untuk mengikuti sesi persekolahan. Sebanyak empat kelas disediakan untuk menempatkan murid-murid tersebut.

Pada hari yang sama, pendaftaran murid-murid Pra-sekolah juga dibuka yang diadakan di Bilik Mesyuarat sekolah. Selamat datang diucapkan kepada semua murid baru.