INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

PROFIL

 
.: VISI
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

.: MISI
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

.: COGANKATA

Ilmu- Murid-murid dan kakitangan sekolah sentiasa berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam segala bidang untuk pembangunan diri dan kecemerlangan sekolah seterusnya memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


Sinar- Sinar kejayaan lahir daripada usaha yang bersungguh-sungguh berserta doa dan tawakal kepada Tuhan.


Hidup- Menjadi harapan sekolah untuk memajukan individu demi mencapai kehidupan sempurna dunia dan akhirat.

 

.: OBJEKTIF SEKOLAH
  1. Semua dasar pendidikan dapat dilaksanakan secara optimum mengikut ketetapan yang sedia ada.
  2. Semua kepimpinan sekolah didedahkan dengan kursus kepimpinan instruksional pada tahun 2009.
  3. Semua guru dapat diselia bimbing sekurang-kurangnya 4 kali setahun dengan penyeliaan berkesan.
  4. Semua guru mempunyai kompetensi keilmuan dan kemahiran pedagogi.
  5. Kajian tindakan menjadi budaya sekolah dalam setiap perancangan strategik unit-unit.
  6. Pengintergrasian ICT secara berkesan dalam semua matapelajaran di sekolah ini.
  7. Prestasi peratus kelulusan penilaian UPSR tahun 2009 meningkat 10 %.
  8. Penyertaan menyeluruh pelajar dalam bidang kokurikulum akademik dan pencapaian sekurang-kurangnya tempat ke 3 diperingkat Daerah Pasir Gudang.

 .: LAGU SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Rinting,

Kebanggaan kami semua,

Tempat mengasuh menjadi pandai,

Orang yang berilmu berjasa,

                              Jasmani rohani dibela,

                              Nilai murni diutamakan,

                              Guru dan murid sentiasa bersama,

                              Menempuh hidup masa hadapan,

Dalam menuju ke arah wawasan,

Tekun tak pernah jemu,

Bersukan dan berpersatuan,

Kecergasan bersama,

                              Pada ibu bapa guru semua,

                              Kami ikrar janji setia,

                              Untuk kejayaan SKTR,

                              Dikenali di merata jua.



.: STRATEGI KECEMERLANGAN
1-  Kalangan Guru
  • Sentiasa komited dengan tugas dan tanggungjawab.
  • Sentiasa menerima teguran dengan sikap yang positif.
  • Mengadakan perancangan aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum dengan teratur dan sempurna.
  • Menjalankan aktiviti dan mengenalpasti kelemahan yang timbul dan mencari jalan penyelesaiannya.
  • Sentiasa berunding dan bekerjasama dalam menjalankan sesuatu tugas dan aktiviti.

2-  Program Kecemerlangan Pelajar


  • Motivasi kecemerlangan bagi pelajar-pelajar tahun 6 (berterusan).
  • Kelas-kelas tambahan harian dan mingguan bagi mata pelajaran teras.
  • Teknik-teknik kemahiran belajar.
  • Solat hajat dan bacaan yaasin.
  • Program mentor-mentee UPSR (Tahun 6).
  • Kelas tambahan (anjuran PIBG).
  • Program gerak gempur UPSR