INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Khamis, 24 Januari 2013

Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013

Tuan Guru Besar SKTR1 bersama wakil rasmi ADUN Permas dan GPK1.
22 JAN.- Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan kepada ibu bapa/ penjaga bagi tahun 2013 telah diadakan di Dewan Tertutup SKTR1. Majlis yang bermula pada jam 11.30 pagi itu, telah disempurnakan perasmian dan penyampaiannya oleh wakil rasmi kepada YB. Datuk MM. Samy, ADUN Permas.

Dalam majlis yang sama, Tuan Guru Besar, En. Shamsudin Bin Yamhari berkesempatan menyampaikan ucapan alu-aluannya dihadapan khalayak ibu bapa/ penjaga sebelum majlis tersebut dirasmikan oleh wakil rasmi ADUN Permas. Sumbangan yang disampaikan sedikit sebanyak dapat membantu para ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing.



Isnin, 21 Januari 2013

Maulidur Rasul SAW 1434H


Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW daripada warga SKTR1.





Berkata Syaikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi rahimahullah 
dalam kitabnya “Ma-idah al-Fikr al-Islamiyyah” 

“Jika setiap ciptaan yang dijadikan, hatta yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran Baginda SAW dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jin Islam bergembira di atas kelahiran Baginda SAW, maka kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran Baginda SAW ?.” - Sumber



Kursus LDP 2013


19 JAN. - Kursus LDP kali pertama yang bertajuk SPSK dan RPH telah berjaya diadakan pada pagi ini. Penceramah khas telah diundang Tuan Guru Besar, iaitu En.Hussin Bin Hamidon, Penolong PPD Pengurusan Kualiti. Kursus tersebut telah disampaikan kepada lebih 50 orang guru SK Taman Rinting 1 yang diadakan di Bilik Mesyuarat sekolah. Tajuk yang dipilih sangat sesuai dan bakal diadakan untuk siri kedua kelak.

Khamis, 3 Januari 2013

Perhimpunan Hari Pertama Persekolahan 2013

2 JAN.- Perhimpunan rasmi sekolah pada hari pertama telah diadakan di Gelanggang Muafakat dengan jayanya. Murid-murid disusun dalam barisan mengikut kelas masing-masing sewaktu mendengar ucapan guru-guru yang berucap yang sarat dengan kata-kata nasihat dan panduan. Majlis tersebut telah dimulakan dengan nyayian lagu-lagu rasmi; Lagu SKTR1, Lagu JPNJ dan Bangsa Johor.
Dalam majlis yang sama, murid-murid berkesempatan mendengar ucapan daripada GPK1, En. Rahim Bin Ariffin sempena ucapan perkenalan beliau. Majlis berakhir lebih awal disebabkan hujan turun lebat yang menghalang pendengaran. 

Pertukaran Pentadbiran Sekolah

2 JAN. - Beberapa pertukaran telah dilakukan yang melibatkan pihak pentadbiran sekolah. Kini, pentadbiran SK Taman Rinting 1 telah digantikan oleh En. Shamsudin Bin Yamhari bermula sesi 2013 lalu selaku Guru Besar baharu yang telah menggantikan En. Mohamed Salleh Bin Mizan. Selain jawatan Guru Besar, GPK 1 dan GPK Petang turut berubah yang masing-masing telah diisi oleh En. Rahim Bin Ariffin dan En. Mohd Rizal Bin Rahman. Pertukaran ini adalah disebabkan perpindahan pegawai-pegawai yang berkaitan ke sekolah lain.

Selain itu, dua orang guru jawatan biasa turut berpindah iaitu Pn Farah Bt. Sidin dan Pn. Noor Azmah Bt Yaacob yang telah berpindah sekolah.

Keputusan UPSR 2012




20 NOV. - SK Taman Rinting 1 telah mencatat sedikit penurunan iaitu seramai 7 orang yang berjaya mendapat keputusan 5A daripada 163 calon berdaftar berbanding 9 orang pada 2011. Berikut adalah statistik keputusan.

Cemerlang : 4.3%
Menguasai : 62.3%
GPS          : 2.48