INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Ahad, 23 Ogos 2015

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Perhatian kepada Ibu bapa murid Tahun 6 SK. Taman Rinting 1, Majlis Solat Hajat Perdana dan Ceramah Motivasi UPSR 2015 akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 25 Ogos 2015 (Selasa)
Masa : 07.00 Petang - 11.00 Malam
Tempat : Gelanggang Muafakat SK. Taman Rinting 1

Sehubungan dengan itu, semua murid dan Ibu bapa diwajibkan hadir pada program tersebut. 


Segala kerjasama dan sokongan semua pihak kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga anak-anak kita cemerlang di dunia dan akhirat.

Sekian.
 

Isnin, 6 Julai 2015

6 Julai 2015 - Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah SK. Taman Rinting 1 (MAKDIS) akan mengadakan Majlis Khatam al-Quran dan Program Masih Ada Yang Sayang sempena Bulan Dakwah dan Ihya' Ramadan 1436H. Majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 09 Julai 2015 (Khamis)
Masa : 07.10 - 10.10 Pagi
Tempat : Gelanggang Muafakat SKTR 1

  
Program tahunan ini akan melibatkan kira-kira 70 Orang murid khatam al-Quran Tahun 5 dan 110 orang murid miskin serta anak-anak yatim. 

Terima kasih.

Ahad, 12 April 2015

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Kejohanan Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1 tahun 2015 akan diadakan mengikut ketetapan berikut :


Rabu, 1 April 2015

1 April 2015 - SK Taman Rinting 1 akan menerima kunjungan YAB Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Negeri Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas. Kami Warga SKTR 1 mengucapkan Selamat Datang dan mengalu-alukan kunjungan YAB Dato' dan rombongan ke SK Taman Rinting 1. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh : 02 April 2015
Hari : Khamis
Masa : 08.30 - 10.30 Malam
Tempat : Gelanggang Muafakat SKTR 1


Isnin, 30 Mac 2015

Pihak Sekolah mengucapkan Tahniah dan Syabas atas kejayaan Tuan/Puan Ahli Jawatankuasa baru yang dipilih pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24. Ucapan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua Ibu Bapa yang hadir pada Mesyuarat tersebut.

Berikut adalah Carta Organisasi PIBG sesi 2015/2016. Semoga dapat melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi demi kemajuan dan kecemerlangan SKTR 1.


Ahad, 29 Mac 2015

Selamat Datang ke Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang kali ke-24 tahun 2014. Marilah beramai-ramai memeriahkan majlis, banyak hadiah cabutan bertuah menanti anda.



Ahad, 1 Mac 2015

1 MAC 2015 - Padang (A) dan (B) SK Taman Rinting 1 sekali lagi terpilih menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Majlis Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Pasir Gudang 2015. Selamat Datang diucapkan kepada semua Pemain dan pegawai yang terlibat.

   

Rabu, 11 Februari 2015

11 FEB 2015 - Majlis Pelancaran Pusat Bahasa Inggeris (ELC) SK Taman Rinting 1 akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 15 Februari 2015 (Ahad)
Masa : 11.30 Pagi - 02.00 Petang
Tempat : War Room dan ELC Room
Perasmi : En. Shanmuganathan A/L Suppiah (Ketua Penolong Pengarah Bahasa Inggeris, Jabatan Pendidikan Negeri Johor)

Isnin, 9 Februari 2015

Ceramah Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1 tahun 1436H/2015M seperti ketetapan berikut:

T A R I K H                  :  1 2   F E B R U A R I  2 0 1 5  
HARI                             :  K h a m i s 
M A S A                        :  0 7 . 0 0  –  1 0 . 4 0  P a g i
T E M P A T                 :  G e l a n g g a n g  M u a f a k a t
P E N C E R A M A H:  U s t.  A b d u l  H a m i d  B.  I s m a i l 
                                         ( G P K  H E M  S K.  S r I  A m a r  J B ) 




Selasa, 3 Februari 2015

Makluman - Mohon perhatian Ibubapa/Penjaga Murid Tahun 6 mengenai Program Semaian Kasih 2015 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 07 Februari 2015
Hari : Sabtu
Masa : 07:30 - 11:00 Pagi 
Tempat : Dewan Utama SKTR 1
Penceramah : Ust. Zaharin Bin Taha (SMK Seri Saujana K.Tinggi)




Kasih sayang dan komitmen ibubapa demi masa depan anak-anak kita amat dituntut bagi menjayakan program ini.

Mohon war-warkan.
Sekian, terima kasih.

*Surat telah diedarkan kepada anak tuan/puan.

Sabtu, 31 Januari 2015

Antara aktiviti/program sepanjang bulan Februari 2015.


Jumaat, 30 Januari 2015

Kelas Tambahan Tahun 6

30 Januari 2015 - Perhatian untuk Ibubapa, penjaga dan murid-murid Tahun 6. Kelas Tambahan akan bermula pada awal bulan Februari sehingga Peperiksaan UPSR mengikut ketetapan seperti berikut :

Hari : Ahad, Isnin, Selasa & Khamis

Masa : 01:10 Petang – 02:10 Petang
Tempat : Kelas masing-masing 




Sehubungan itu, semua murid Tahun 6 diwajibkan hadir tanpa alasan remeh ke Kelas tambahan tersebut dan kegagalan berbuat demikian akan merugikan anak tuan/puan sendiri dan pihak sekolah.

Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan kehadiran, pengangkutan dan keselamatan pergi dan balik semasa menghadiri kelas tersebut.

Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan dalam menjayakan program ini amat dihargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Rahim Bin Ariffin (GPK 1) di talian 012-7806431.

Sekian, terima kasih.

**Surat telah diedarkan kepada anak-anak tuan/puan.

Selasa, 27 Januari 2015

Jadual Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform 2015

Perhatian - Murid dan Guru dikehendaki memakai pakaian Unit Beruniform masing-masing pada setiap hari Rabu dan pada tarikh-tarikh seperti tertera di bawah: