INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Isnin, 26 Mac 2012

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring 2012

 Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1 sekali lagi dijemput untuk menyertai perlawanan bola jaring persahabatan  di Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Puteh pada 25 Mac 2012 (hari Ahad .) .Sebanyak 7 buah sekolah telah menyertai perlawanan persahabatan kali ini . Perlawanan kali ini dijalankan secara liga . Perlawanan yang dianjurkan ini bertujuan menguji kemampuan dan ketahanan pasukan sekolah kita . berikut adalah keputusan perlawanan.

1) SKTR 1 (6  )   VS   SK KOPOK  (3) 
2) SKTR 1 (10)   VS   SK PASIR PUTEH  (1 )
3) SKTR 1 (15)   VS   SK PERMAS JAYA 2  ( 7 )
4)SKTR  1 ( 4)    VS   SK TAMAN PASIR PUTEH ( 10 )
5 SKTR 1  (18 )  VS   SK JOHOR JAYA 5 ( 1)
SKTR 1  (5  )   VS   SK KOTA MASAI 1  (6)



 Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah memberi sokongan kepada pasukan sekolah .Jutaan terima kasih kepada pengusaha kantin sekolah yang telah memberikan sokongan kepada pasukan sekolah kita .... doakan kejayaan pasukan kita nanti ..... amin

 ( En Izwan .... jurulatih bola jaring sekolah )

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah

26 MAC -  Majlis MTQSS bagi Zon Rinting telah berlangsung di SK Masai pada 24 Mac, Sabtu lalu. SKTR1 telah menghantar wakil bagi beberapa pertandingan yang diadakan. Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah (L&P), Hafazan   (L&P), Bercerita   (L&P), Nasyid dan Azan. Pasukan SKTR1 telah berjaya merangkul 3 johan bagi Tilawah (Nuraidah Mohd Khalid), Bercerita (Muhammad Haziq Ghisam) dan 2 tempat ketiga iaitu bagi acara Hafazan (Eka Ayu Lestari Sapuwan) dan Azan (Imran Aiman Naharuddin). Tiga peserta lain berjaya mendapatkan saguhati bagi acara yang disertai.

Hadiah-hadiah dan saguhati kejohanan telah disampaikan kepada para peserta pada Majlis Perhimpunan pada pagi ini. Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang berjaya.






Mesyuarat Agung PIBG ke-21 & Majlis Anugerah Cemerlang 2011

26 MAC - Mesyuarat Agung PIBG ke-21 telah dilangsungkan dengan jayanya pada 24 Mac (Sabtu) yang lepas. Majlis yang saban tahun tahun diadakan itu mendapat sambutan daripada para ibu bapa/ penjaga untuk sama-sama bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. AJK PIBG bagi sesi 2011/2012 telah dibubarkan dan lantikan AJK baharu bagi sesi 2012/2013 telah pun diumumkan dalam majlis yang sama.

Majlis pada pagi itu telah dilanjutkan dengan Majlis Anugerah Cemerlang 2011 pula yang dihadiri oleh Tn. Haji Sehabuddin Md Ali, wakil rasmi Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, yang turut bertindak sebagai perasmi majlis tersebut. Dalam majlis tersebut, antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Khas Ko-kurikulum, Tokoh Pelajar dan Tokoh Nilam.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan juga kepada semua pihak yang bertungkus-lumus bagi menjayakan majlis tersebut.

Selasa, 20 Mac 2012

MARDI Terajui Penanaman Sayuran Lestari

Oleh: LAUPA JUNUS

CUBA bayangkan anda memetik sendiri sayur yang ditanam di sekeliling rumah. Untuk mencari pendapatan lebih, sayur itu dijual kepada jiran di kawasan anda dan mereka juga boleh memetiknya sendiri.

Senario sedemikian biasa berlaku di kampung-kampung. Tetapi ia biasanya diberikan percuma kerana menjadi adat resam, memberi sesuatu kepada tetangga merupakan satu terjemahan berbudi bahasa.

Orang akan bertanya, bagaimanakah senario tersebut boleh berlaku di kawasan perumahan bandar?

Tidak mungkin terdapat kawasan perumahan yang menanam sayur-sayuran kerana kawasan yang begitu terhad.

Gagal Bela Arnab Berjaya Ternak Puyuh

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my
Gambar AIZZUL A. MAJID



RAJA Ali Raja Hassan bukanlah nama asing dalam industri ternakan burung puyuh di Kelantan.

Bapa kepada lima orang ini sudah lebih 20 tahun mengusahakan ternakan tersebut dan berhasrat menjadi penternak, pembekal daging puyuh terbesar di negeri Cik Siti Wang Kembang.

Berbeza dengan kebanyakan penternak lain yang mempunyai ladang dan pekerja, Raja Ali, 54, hanya mengusahakan ternakan burung puyuh di reban yang dibina di hadapan rumahnya di Kampung Badak Mati, Bukit Marak, Kota Bharu.

Bermula dengan modal sebanyak RM1,000, Raja Ali dengan dibantu isteri tercinta, Rahimah Awang, 54, kini mampu tersenyum puas.

Penyerahan Sumbangan Pelajar RM100

16 MAC - Bantuan RM100 kepada semua murid Tahun 1 2012 telah disampaikan kepada ibu bapa masing-masing. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan YDP PIBG SK Taman Rinting 1 iaitu, En. Suboh Bin Ahmad dan Tuan Guru Besar, En. Mohammad Salleh Bin Mizan. Berikut antara foto yang sempat dirakam sepanjang majlis tersebut.





Kejohanan Sirkit Pembangunan Liga Ragbi (B12) - MSNJ

19 MAC - Pasukan Ragbi SKTR1 telah menyertai Kejohanan Sirkit Pembangunan Liga Ragbi (B12) anjuran Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) pada 10 Mac 2012 yang lepas. Pasukan sekolah telah berjaya menjadi johan bag kategori 'Plate' dalam kejohanan tersebut. Dalam majlis perhimpunan pada hari ini, pasukan sekolah yang disertai 9 orang murid itu telah mendapat pingat kejohanan yang diperoleh dan disampaikan oleh Tuan Guru Besar, En. Mohamad Salleh Mizan. Tahniah diucapkan.


Sabtu, 10 Mac 2012

Majlis Jamuan Perpisahan

8 MAC - Majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan perpisahan empat orang guru SKTR1 yang berpindah dan juga kenaikan pangkat. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Kelab Guru & Kakitangan (KGK) SKTR 1. Guru-guru yang diraikan ialah Pn. Hjh. Som Dahlan, Pn. Dian Dianti Jumaat, Pn. Ruhila Adnan dan Pn. Leni Salfarina Ramlee. Selamat maju jaya diucapkan kepada mereka.

Dalam majlis yang sama, beberapa orang guru turut diraikan sempena ulang tahun kelahiran dalam bulan Jan - Mac 2012 dengan acara membelah kek yang ditempah khas.













Majlis Bersama Ibubapa Calon UPSR 2012

8 MAC - Program Keibubapaan yang diadakan khas bagi para ibu bapa kepada calon-calon yang bakal menduduki UPSR 2012 mendapat sambutan yang baik. Program yang bermula pada jam 5.30 petang hingga 11.00 malam itu diadakan bagi menyuntik motivasi murid-murid tahun 6 dalam membuat persediaan yang lebih awal. Dalam program tersebut, penceramah yang diundang khas iaitu Ust. Muliadee telah memberikan tip-tip terbaik kepada para ibu bapa yang hadir bagi membantu dan memberikan sokongan kepada anak-anak mereka bermula dari rumah lagi.






Sambutan Maulidur Rasul SAW 1433H

8 MAC - Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1433H bagi peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya. Majlis dimulai dengan bacaan ayat suci al-Quran pada awal pagi dan dihiasi dengan beberapa persembahan daripada murid-murid SKTR1. Sebelum itu, murid-murid mendengar ceramah sekitar sejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW yang saban tahun diraikan.
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Tuan Guru Besar dan beliau sempat menyampaikan ucapan sempena majlis sambutan tersebut. Antara perkara yang disentuh oleh beliau ialah berkenaan pembinaan sahsiah murid-murid dan juga usaha menguasai Bahasa Arab. Majlis tersebut melibatkan semua murid sesi pagi dan petang.

Berikut antara foto-foto yang berjaya dirakam...














Ujian SEGAK 2012

6-7 MAC - Ujian SEGAK telah dijalankan dengan jayanya yang melibatkan semua murid tahap 2 SKTR1. Ujian tersebut dilakukan selama dua hari dibawah kelolaan Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Berikut foto-foto yang sempat dirakam.





Rabu, 7 Mac 2012

Bola Jaring 2012: Perlawanan Persahabatan


 A) Pada 22 Februari 2012 ( Rabu ) SKTR 1 telah menyertai perlawanan persahabatan  bola jaring yang telah diadakan di SK Permas Jaya 4. Berikut keputusan perlawanan persahabatan yang telah dijalankan .


 1) SK Taman Rinting 1   ( 15)    vs     SK  Permas Jaya 4  ( 5 )

 2)  SK Taman Rinting 1 ( 12 )    vs      SK Permas Jaya 2  ( 7)


B ) Pada 2 Mac 2012 SKTR 1 sekali lagi mengadakan perlawanan persahabatan . SKTR 1 telah tumpas kepada SK Bakar Batu . Johor Bahru  dengan kiraan mata  17- 25

C) Pada 3 Mac  SKTR 1 sekali lagi dijemput untuk menyertai perlawanan persahabatan di SK Taman Pasir Putih . Berikut adalah keputusan perlawanan.

SKTR 1  ( 10 )   VS  SK Tman Pasir Putih( 4)
SKTR 1   ( 10 )  VS   SK PG 1   ( 5)
SKTR 1    ( 14)   VS  SK PG 2   ( 0)
SKTR 1   ( 4)     VS  SK Kota Masai ( 10)

Diharapkan semua pemain dapat meningkatkan prestasi dalam mengejar juara di peringkat MSSD PG . Terima kasih kepada semua  pihak yang membantu dan memberi sokongan  kepada pasukan sekolah tahun ini .     

En. Izwan (Jurulatih Bola Jaring )

Isnin, 5 Mac 2012

Pingat Kejohanan Balapan & Padang 2012

5 MAC - Kejohanan Balapan Dan Padang bagi Zon B Rinting telah berlangsung pada 27 & 28 Feb. yang lalu di SK Seri Kota Puteri dan SMK Seri Kota Puteri. SKTR1 telah menghantar satu kontijen bagi menyertai pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada kontijen sekolah kerana telah berjaya mendapatkan pingat dalam beberapa acara yang dipertandingkan. Berikut keputusan yang diperoleh.


Bil Acara Kategori Kedudukan Nama Pemenang Kelas
1 200 meter L B12 Emas Mohd Fauzi B Buhari 6A
2 Lompat Jauh L B12 Perak Mohd Taufik B Aman 6B
3 100 meter L B10 Perak Muhd Kamal B Annuar 4B
4 200 meter L B10 Perak Muhd Kamal B Annuar 4B
5 4 x 200 m L B12 Perak Mohd Fauzi B Buhari 6A
Mohd Taufik B Aman 6B
Nuhd Nazrul Aiman B Samsudin 5C
Izzuddin B Abd. Aziz 6A
Muhd Harith Khan B Kahar 6B



Majlis penyampaian pingat kejohanan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En. Mohammad Salleh Mizan pada Majlis Perhimpunan Mingguan. Tahniah!