INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Isnin, 27 Jun 2011

Hari Terbuka Sekolah 2011

Pada hari Jumaat (25 Jun) yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan Program Hari Terbuka Sekolah yang bermula pada 7.30 am hingga 12.00 pm. Sambutan daripada para ibu bapa sangat memberangsangkan.

Program ini diadakan yang antara lainnya adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan antara para ibu bapa dan juga bersama-sama bagi memastikan kecemerlangan akademik dapat ditingkatkan.
Berikut antara foto yang sempat dirakam.


Khamis, 23 Jun 2011

Perkhemahan Unit Beruniform 2011


Perkhemahan Unit Beruniform 2011 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Damai Sedili Resort, Kota Tinggi pada 13, 14 dan 15 Mei yang lepas. Peserta seramai 80 orang dapat menimba banyak ilmu sepanjang berada di sana. Berikut ialah foto-foto yang sempat dirakam.



Program Bersama Horlicks

Rabu: 15 Jun - Murid-murid tahap 1 telah diraikan oleh syarikat minuman berjenama Horlicks yang telah diadakan di Gelanggang Muafakat.Murid-murid didedahkan kepada info-info makanan/ minuman berkhasiat. Terima kasih diucapkan atas program yang diadakan.




Penyampaian Pingat Ragbi


 Pada Majlis Perhimpunan Mingguan baru-baru ini, telah diadakan penyampaian pingat berserta sijil kepada tiga orang murid SKTR1 yang telah mewakili Negeri Johor ke pertandingan Ragbi peringkat kebangsaan yang telah diadakan di Sabah pada cuti sekolah yang lepas (2-9 Jun 2011) bagi kategori 'Cup'- B12.




Pasukan Johor menduduki tempat keempat selepas tewas kepada pasukan Perak. Pasukan Perak telah mendahului kedudukan, diiukti pasukan Sabah dan Selangor. Tahniah diucapkan kepada Adik Firdaus, Adik Izzuddin dan Adik Izat keranan dapat mewakili sekolah bagi Negeri Johor yang telah dibimbing oleh En. Hazaadzim selaku jurulatih.