INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Sabtu, 18 Januari 2014

Sambutan Maulidur Rasul 1435H


18 Jan. 14 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1435H telah berjaya dilaksanakan.
 Pada tahun ini, majlis sambutan peringkat Zon Rintng itu diadakan dan dianjurkan dengan kerjasama antara Masjid Taman Rinting dan PPD Pasir Gudang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan perarakan yang melibatkan sekolah-sekolah yang berdekatan, tilawah al-Quran dan kemuncaknya adalah ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Haryanto Rizal.
Dalam pertandingan perarakan, SK Taman Rinting 1 telah muncul sebagai johan bagi kategori sekolah rendah. 
Tahniah diucapkan. Berikut antara foto-foto sepanjang majlis tersebut.







Isnin, 6 Januari 2014

Frog VLE: Opsyen Semakan ID dan Password (Ibu Bapa)


Makluman kepada ibu bapa murid-murid SKTR1, agihan 'User ID' boleh diperoleh dengan mengikuti langkah-langkah berikut.

1. Gunakan aplikasi GoogleChrome dan taipkan url: https://www.yes.my dan klik pada pautan '1BestariNet' seperti di bawah.





2. Cari paparan seperti berikut di bahagian bawah dan klik pada '1 Step' seperti di bawah untuk dapatkan 'User ID'. 




1BestariNet: Pembelajaran Secara Maya





1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.

Rabu, 1 Januari 2014

Hari Pertama Persekolahan Bagi 2014




1 Jan. 14 - Perhimpunan rasmi sempena  hari pertama persekolahan telah dijalankan pada awal pagi tadi. Majlis tersebut telah diisikan dengan ucapan Tuan Guru Besar, En. Shamsudin Yamhari. Guru Besar mengalu-alukan kedatangan semua murd dan segelintir ibu bapa yang hadir.


Dalam ucapan ringkas tersebut, beliau sempat menyentuh beberapa perkara termasuklah mengingatkan murid-murid tentang rekod kedatangan dan juga peraturan sekolah. Ucapan beliau berakhir selepas lebih dua minit berucap.




Selamat kembali ke sekolah. Mulakan persekolahan hari ini dengan semangat dan tekad yang baru demi kecemerlangan masa hadapan.