INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Selasa, 30 Disember 2014

PENGUMUMAN: Penangguhan Tarikh Mula Sesi Penggal Persekolahan Tahun 2015

29 Disember - Kementerian Pendidikan Malaysia bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, kenyataan diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan.

Tarikh baru sesi persekolah bagi negeri Johor (termasuk SK. Taman Rinting 1) adalah pada 11 januari 2015 (hari ahad).



Manakala, pendaftaran murid SK. Taman Rinting 1 sesi persekolahan 2015 akan tetap dijalankan pada tarikh dan hari yang telah dirancang iaitu 1 Januari 2015.

Khamis, 20 November 2014

Majlis "Sebutir Intan, Seindah Pelangi" Bersama Murid

20 November - Hari terakhir persekolahan 2014 merupakan detik bersejarah bagi GPK Ko-Kurikulum Pn. Hjh. Mariah Binti Mohamad kerana berakhirnya tempoh perkhidmatan beliau sebagai seorang pendidik. Satu majlis perpisahan bersama murid telah diadakan di Gelanggang Muafakat.

Sepanjang perkhidmatan beliau di SKTR 1 bermula dari 1 Oktober 2009 banyak sumbangan dan kejayaan telah dikecapi dalam bidang Ko-Kurikulum dan Ko-Akademik.

Majlis diserikan dengan persembahan murid dan penyampaian cenderahati daripada wakil murid setiap aliran.




























Selamat bersara diucapkan kepada Pn. Hjh. Mariah. Semoga ikatan ukhuwah yang terjalin akan berkekalan selamanya. Kami Warga SKTR 1 menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai sepanjang pertemuan ini ada terkhilaf bicara dan tindakan kami. Ingat kami dalam doamu 

Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring SKTR 1

18 November - Satu kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring telah didakan di SKTR 1 sebagai menyahut seruan kerajaan dalam melaksankan program 1 Murid 1 Sukan (1M1S). Program tahunan ini diadakan pada setiap hujung tahun bagi mengcungkil bakat baru dikalangan murid-murid sebagai pelapis sekolah dan juga persediaan untuk mereka naik ke sekolah menengah.

Pertandingan Bola Sepak dijalankan secara terbuka dalam sekolah dan diberi keutamaan kepada dua pasukan pelapis sekolah skuad 2015 dan 2016. Pertandingan ini dijalankan secara 9 sebelah dan sebanyak 6 pasukan yang terlibat. Format pertandingan adalah secara liga 2 kumpulan di mana 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir.

Manakala, bagi pertandingan bola jaring dijalankan secara liga antara rumah sukan.








Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

Bola Sepak

Johan : The P!nky (6A)
N. Johan : Skuad 2015 (The Blues)
Ke-3 : Eagle United (6C)
Ke-4 : Skuad 2016 (The Black)







Bola Jaring

Johan : Kuning
N. Johan : Hijau
Ke-3 : Biru
Ke-4 : Merah


Rabu, 19 November 2014

Taklimat Ibubapa Dan Ujian Diagnostik Tahun 1 2015

15 November - Satu taklimat bersama ibubapa murid tahun 1 bagi sesi persekolahan 2015 telah diadakan di dewan SK Taman Rinting 1 bertujuan memberi pendedahan awal kepada penjaga mengenai suasana alam persekolahan di samping anak-anak mereka menjalani Ujian Diagnostik di kelas-kelas yang telah ditetapkan.
Taklimat ini berkisar tentang PBS, LINUS, Pengisian borang SMM, Disiplin dan yang paling terbaharu pemilihan sekolah sebagai 'Sekolah Rintis Abad Ke-21'. Selain itu, di Bilik Mesyuarat diadakan satu taklimat untuk ibubapa/penjaga murid Pra Sekolah bagi sesi persekolahan 2015.

                                                                      Sesi Pendaftaran

                                                                 
                                             Tuan Guru Besar sedang menyampaikan ucapan

                                              Murid sedang menjawab soalan ujian diagnostik

                                                                   Taklimat Pra Sekolah


Taklimat Sekolah Abad ke-21 dan Mesyuarat AJK PIBG

17 November 2014 - SKTR 1 bersama empat buah sekolah dalam daerah Pasir Gudang telah terpilih sebagai projek rintis Sekolah Abad ke-21 oleh PPD Pasir Gudang. Justeru itu, satu taklimat kepada AJK PIBG telah diadakan dan disampaikan oleh pegawai PPD Pasir Gudang iaitu En. Ruhaizat Bin Jamaludin selaku Pegawai SISC+BI PPD Pasir Gudang. Taklimat dan Mesyuarat ini bermula jam 8:00 Malam dan berakhir pada jam 10:30 Malam.





Di harap permuafakatan ini dapat meningkatkan lagi hubungan erat antara PPD, Sekolah dan Ibu bapa untuk mencapai objektif Sekolah Abad ke-21.

Isnin, 17 November 2014

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Peringkat Sekolah

13 November - Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah bagi tahun 2014/2015 telah diadakan selepas dengan jayanya. Antara acara yang dipertandingkan adalah bercerita kisah dari Al-Quran, Tilawah Al-Quran, Berzanji dan Azan. Acara-acara tersebut diadakan di Surau Al-Hidayah dan Gelanggang Muafakat.







Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan MTQ peringkat sekolah ini.

Johan bagi setiap acara akan mewakili sekolah bagi MTQSS peringkat zon Rinting, Pasir Gudang pada tahun 2015. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.