INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Sabtu, 19 Februari 2011

Majlis Perlantikan & Motivasi Pemimpin Murid 2011


Pada pagi ini telah berlangsung Majlis Perlantikan & Motivasi Pemimpin Murid bagi sesi 2011. Majlis telah dirasmikan oleh Ustaz Hazrul Nizam B. Mohmad Sahibek, Pen. PPDj-QAF PPD Pasir Gudang. Dalam majlis yang sama, beliau telah menyerahkan sijil perlantikan kepada wakil pemimpin murid diiringi oleh Guru Besar. Pihak sekolah amat berbesar hati atas kesudian beliau untuk hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut.


FOTO YANG SEPANJANG KURSUS



Isnin, 14 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432 H

"Kita merayakan kelahiran Nabi Muhammad Saw karena kita mencintainya. Bagaimana kita tidak mencintainya, sedangkan seluruh alam semesta mengenal dan mencintainya. Ingatlah hadits tentang sebatang pohon kurma yang tidak bernyawa, betapa ia menyayangi dan mencintai Nabi Saw serta rindu untuk selalu dekat dengan Nabi Saw yang mulia. Bahkan menangis teresak-esak kerana rindu kepada Nabi Saw.."
Lagi di sini.


Kita peringati kelahiran baginda, antaranya; dengan muhasabah diri; sejauh mana kita mencintai baginda, sejauh mana kita mengikuti ajaran baginda, sejauh mana kita memuliakan baginda, anak cucu baginda dan segala waris baginda daripada kalangan ulama yang muktabar. Kita peringati kelahiran baginda dengan melakukan berbagai amal kebajikan seumpama bersedekah, berjamu makan, membaca al-Quran, berzikir, bersholawat, berqasidah memuji baginda dan sebagainya. Ingatlah kepada baginda setiap saat dan ketika, kerana baginda itu lebih utama daripada diri kita. Jika terdetik rasa diri yang hina mendahului baginda, itu tanda berkurangnya iman di dada. Hayati firman Allah Tuhan seru sekalian alam dalam surah al-Ahzab ayat 6:

"Nabi Muhammad SAW itu lebih utama bagi orang-orang beriman daripada diri mereka sendiri"

Rabu, 9 Februari 2011

Perutusan Tahun Baru KPM 2011



(Dikemaskini|Foto) Warga SKTR1 akan bersama-sama menyaksikan secara langsung Perutusan Tahun Baru KPM 2011 yang akan disampaikan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada ketetapan seperti berikut:


Tarikh: 10 Feb. 2011 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi
Siaran: Secara langsung menerusi TV1, RTM.

Sama-sama kita saksikan.





Selasa, 8 Februari 2011

Perkembangan Surau Sekolah




Kutipan Dana Baik Pulih Surau Sekolah: Perkembangan Surau Sekolah: "Sehingga hari ini, kerja-kerja penggantian struktur bumbung dan penambahan keluasan lantai surau telah siap dilakukan oleh pihak kontraktor ..."

Majlis Anugerah Cemerlang & Mesyuarat Agung PIBG 2011



Majlis ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 26 Februari 2011 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Gelanggang Muafakat, SK Taman Rinting 1

Semua ibu bapa dan penjaga adalah dijemput hadir.

Larian Perdana Mahkota Johor 2011


(Dikemaskini)-Acara larian merentas taman ini akan diadakan di seluruh negeri Johor seperti ketetapan berikut:-

Tarikh: 12 Feb. 2011 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi
Tempat: SK Taman Rinting 1

Acara ini akan dijalankan dengan tiga kategori:-

1- Kategori Perempuan bawah 12 tahun
2- Ketegori Lelaki bawah 12 tahun
3- Kategori terbuka

Semua ibu bapa, penjaga dan warga taman berdekatan dijemput untuk memeriahkan lagi acara tersebut.