INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

SEJARAH

SEJARAH SEKOLAH

Bangunan sekolah ini disiapkan pada bulan April 1991 dengan kemudahan 18 buah bilik darjah, 2 buah bilik pusat sumber, sebuah pejabat, bilik guru, perpustakaan dan bilik pemulihan. Pada peringkat awal, seramai 450 orang murid daripada tahun 1 hingga tahun 6 yang ditempatkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Masai sehingga 1991. Murid-murid tersebut berpindah ke bangunan sebenar di SK Taman Rinting 1 pada bulan Jun 1991. Tenaga pengajar pada masa itu seramai 24 orang guru iaitu 7 orang guru lelaki, 14 orang guru perempuan dan orang guru Pendidikan Agama Islam. Pada tahun 1993, sekolah ini dinaikkan taraf ke gred A dengan bilangan murid seramai 1080 orang, 54 orang guru dan 18 bilik darjah.



SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT
  1. Tuan Haji Ahmad Bin Haji Omar (Jun 1991 – Disember 1992)
  2. Encik Zamani Bin Haji Ahmad ( Januari 1993 – November 1996)
  3. Puan Rohayah Binti Hussian (Mac 1996 – Mac 1998 )
  4. Encik Osman Bin Ibrahim (Mac 1998 – September 1998)
  5. Tuan Haji Mad Yatim Bin Ngapan (September 1998 – November 2003)
  6. Tuan Haji Abdul Rashid Bin Mohd Said (Disember 2003 – November 2006)
  7. Puan Chan Ghee Heng (November 2006 – Mac 2008)
  8. Encik Mohammed Salleh Bin Mizan (Mac 2008 – Dis. 2012)
  9. Encik Shamsudin Bin Yamhari (Jan. 2013 - Julai 2016)
  10. Encik Norazrin Bin Zahari (Okt. 2016 - Sekarang)