INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Khamis, 20 Oktober 2011

Kursus Transisi TKRS Daerah

18 Okt.- Kursus Transisi Tunas Kadet Remaja Sekolah Rendah peringkat Daerah Pasir Gudang telah diadakan di SK Taman Cendana, Pasir Gudang. Empat orang murid Tahun 6 yang mewakili SKTR1 telah menyertai kursus tersebut.

Para peserta telah diberikan taklimat sebagai pendedahan dan persediaan awal aktiviti KRS di sekolah menengah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kawat kaki dan taklimat KRS. Guru-guru yang jadir juga diberikan taklimat dalam majlis yang berasingan berkenanaan pengurusan TKRS di sekolah masing-masing.

Berikut adalah gambar di sekitar kursus tersebut.





Pelancaran Bulan Bahasa 2011


17 Okt.- Pada hari ini telah diadakan Majlis Pelancaran Minggu Bahasa peringkat sekolah. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Guru Besar, En. Mohamed Salleh Mizan. Sebelum itu, beliau menyampaikan ucapan tentang kepentingan menjayakan MBMBI yang baru diperkenalkan. Ikrar Setia Bahasa telah dibacakan dan diketuai oleh Pn. Roziah Ghazali yang diikuti laungannya oleh semua yang hadir.

Ketua Panitia Bahasa Melayu, Pn. Rosyati Sapuan turut memaklumkan beberapa acara dan aktiviti telah disusun sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan ini.

"Bahasa Jiwa Bangsa"








Isnin, 10 Oktober 2011

Kejohanan Padang & Balapan 2011


8 Okt. - Kejohanan Padang dan Balapan kali ke-15, SK Taman Rinting 1 telah berlangsung dengan jayanya. Beberapa acara padang dan balapan yang sering dipertandingkan diberi persaingan sengit yang disertai oleh wakil-wakil daripada empat buah Rumah Sukan iaitu Merah (Mat Kilau), Biru (Dato' Bahaman), Hijau (Tun Perak) dan Kuning (Maharaja Lela). Beberapa acara sampingan turut dipertandingkan seperti Perbarisan Rumah Sukan, Rumah Sukan Berhias, dan acara yang disertai para ibu bapa.