INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Jumaat, 30 Disember 2011

Persediaan Persekolahan Sesi 2012

29 Dis. 2011 - Hari ini Mensyuarat Pengurusan yang pertama telah diadakan dan dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar yang dihadiri oleh guru-guru Penolong Kanan dan guru-guru. Dalam mesyuarat tersebut, Guru Besar telah menyampaikan Panduan Am Guru dan Kakitangan bagi tahun 2012. Beliau juga menekankan tentang Piagam Pelanggan untuk dihayati bersama bagi memberikan perkhidmatan dan meningkatkan lagi prestasi sekolah.

Keputusan UPSR baru-baru ini, SKTR1 telah mencatatkan peningkatan dalam penguasaan mata pelajaran daripada 58.3% (2010)  kepada 64.1% dengan nilai GPS 2.50 berbanding 2.52 pada tahun lepas.



Sejak hari Selasa lepas, guru-guru telah hadir bagi mengikuti kursus-kursus dalaman serta diadakan taklimat dan perbincangan tentang jawatan kuasa- jawatan kuasa baru yayang baru dan pengagihan tugas-tugas bagi sesi 2012 bermula 4 Januari nanti. Kali ini, SKTR1 mengorak langkah dengan slogan "Bersama Membina Sekolah Berkesan".



SKTR1 bakal berwajah baharu dengan pembinaan beberapa infrastruktur termasuklah astaka berbumbung di tepi padang sekolah, pentas berbumbung untuk perhimpunan di Padang Kejat dan tempat letak basikal yang berhampiran pondok pengawal. Kerja-kerja pembinaan masih giat dijalankan sejak cuti persekolahan lalu.




Sabtu, 19 November 2011

Majlis Perpisahan Akhir Tahun 2011

18 Nov. 2011 - Pada hari terakhir persekolahan, SK Taman Rinting 1 telah mengadakan majlis ringkas sebelum murid-murid mula bercuti pada esok hari. Tuan Guru Besar, sempat menyampaikan ucapan yang sarat dengan nasihat sebelum murid-murid beratur untuk bersalam-salaman dengan guru-guru.


Murid-murid akan mula bercuti pada 19 Nov. 2011 dan dijangka kembali ke sekolah pada 2 Jan. 2012 bagi negeri Johor dan sewaktu dengannya. Selamat bercuti diucapkan. Pastikan masa cuti yang panjang dapat diisikan dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Selamat bercuti.

Hari Terbuka: Bantuan Khas, Keputusan UPSR 2011

17 Nov. 2011 - Hari Terbuka yang diadakan pada kali ini adalah bagi penyerahan Bantuan Khas Kerajaan sebanyak RM 100 kepada semua murid yang layak menerima. Ramai ibu bapa yang hadir, sekaligus untuk mengambil keputusan UPSR dan juga peperiksaan akhir tahun.

Pada tahun ini, SK Taman Rinting 1 mencatatkan peningkatan dalam UPSR iaitu seramai 9 orang yang memperoleh 5A berbanding pada tahun lepas iaitu 5 orang sahaja. Purata keseluruhan juga turut meningkat pada tahun ini.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya. Terus gandakan usaha untuk merebut kejayaan pada masa hadapan. Yang kurang berjaya, jangan berputus asa. Masih banyak peluang lagi untuk ditempuhi.

Jumaat, 18 November 2011

Aktiviti Bulan Bahasa 2011

14 Nov.: Penyampaian hadiah bagi pertandingan Tulisan Berangkai yang telah diadakan pada minggu lepas telah disampaikan oleh Ketua Guru Penyelaras Tahun 6, Pn. Ruhila Adnan. Para pemenenang dipilih dua tulisan terbaik daripada setiap kelas Tahap 2.





Selepas majlis penyampain itu, murid-murid dipertontonkan dengan persembahan bakat-bakat si cilik yang tidak kurang hebatnya dalam mendeklamasikan sajak. Kategori bagi pertandingan mendeklamasikan sajak dibahagikan kepada tiga aliran iaitu tahun 4, 5 dan 6. Ternyata SKTR1, masih ada bakat-bakat baru yang boleh digilap untuk dijadikan pelapis.

Seterusnya, pertandingan Sahibba dilangsungkan mengikut tiga aliran tahun. Pertanndingan yang menguji minda itu mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid.

Para pemenang bagi kedua pertandingan yang diadakan pada hari telah diumumkan pemenangnya dan disampaikan hadiah oleh GPK Ko-kurikulum, Pn. Hjh. Mariah Mohamed. Adalah diharapkan dengan aktiviti-aktiviti sebegini, murid-murid dapat menghayati kempen Bulan Bahasa Kebangsaan yang dilancarkan.





"Bahasa Jiwa Bangsa"


*Program ini telah dikendalikan di bawah Panitia Bahasa Melayu.

Isnin, 14 November 2011

Hari Kanak-Kanak Sedunia 2011

Latar Belakang

Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children's Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.
 
Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.

Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Namun begitu tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).


Objektif Sambutan

Sambuatn Hari Kanak-Kanak SeDunia sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.

Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut tiap-tiap tahun pada mana-mana hari Sabtu dalam bulan Oktober


Lagu Tema Hari Kanak-Kanak SeDunia

di dunia ini
kau berikan kami
pengertian, perlindungan
tidak kenal bangsa atau rupa
semua tidak berbeza
dipersada kini
kau teguhkan kini
perpaduan, kedamaian
kami tersenyum, kami gembira
hilang duka dan derita
curahkan belaian mesra
berikan kami pendidikan mulia
ada rasa cinta
sesama insan serata dunia
berilah sinar harapan
bimbinglah kami semua
dunia pasti aman
dengan kasih sayang
Yang Maha Kuasa
restuilah hamba
ketenangan, keyakinan
tabah menjalani perjuangan
dengan penuh keazaman

Sumber

Khamis, 3 November 2011

Cegah Ponteng Melalui SMS

ARKIB UTUSAN : 31/10/2011

Kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memberi banyak kemudahan kepada warga pendidik termasuk yang terkini sistem aplikasi mengesan kehadiran pelajar, m-Attendance yang dibangunkan oleh Mobile Biz Network Sdn. Bhd.
Pengarah Pembangunan Produknya, Hazwan Abu Hassan berkata, m-Attendance merupakan sistem aplikasi kehadiran yang pertama seumpamanya di negara ini untuk membantu mengurangkan kadar ponteng sekolah melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan e-mel.
"Penggunaan sistem aplikasi m-Attendance merupakan satu langkah pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta selaras dengan tuntutan transformasi pendidikan mengikut keperluan kehidupan dan persekolahan abad ke-21," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Menurutnya lagi, sistem aplikasi ini berfungsi apabila guru di sekolah mengambil kedatangan setiap pelajar menggunakan komputer tablet iPad dan seterusnya ibu bapa akan menerima SMS atau e-mel yang memaklumkan status kehadiran anak mereka ke sekolah sejurus kedatangan diambil.
"Selain mengurangkan kadar ponteng sekolah, aplikasi ini juga dilihat mampu memudah serta meringankan beban guru kelas dalam mengurus data kehadiran pelajar.
"Ia juga membantu memudahkan ibu bapa untuk memberi cadangan, pandangan dan aduan kepada sekolah melalui SMS selain membantu menghebahkan segala aktiviti dan program sekolah dengan lebih cepat, mudah dan kos efektif," jelasnya.

Gerakan Transformasi Bahasa

ARKIB UTUSAN : 01/11/2011
 
 
BANYAK isu berkaitan bahasa Melayu yang timbul kebelakangan ini terutamanya berkaitan kedudukan sebagai bahasa kebangsaan dan penggunaannya dalam urusan rasmi harian.
Dalam usaha mengembalikan martabat bahasa kebangsaan, komitmen terhadap transformasi bahasa juga perlu digerakkan selaras dengan gagasan 1Malaysia dan moto 1Bahasa 1Bangsa 1Negara.
Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk A. Aziz Deraman menyatakan rasa kecewa bila sebilangan orang Melayu memandang sepi dan tidak berbangga dengan bahasa warisan berbanding kaum lain dengan bahasa ibunda mereka.
Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Kebudayaan menegaskan, tugas pelaksanaan dasar bahasa juga bukan terletak di bahu kerajaan semata-mata .
"Sungguhpun begitu, kepimpinan politik dan sektor awam tetap perlu mendahului dan menjadi contoh dalam penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.

"Pencapaiannya sudah ada, tetapi akhir- akhir ini ada kecenderungan bahasa digunakan secara bercampur dalam urusan rasmi," katanya ketika berucap pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-8 baru-baru ini.

Beliau turut membangkitkan persoalan, transformasi bahasa yang bagaimana diperlukan bangsa Malaysia sesuai dengan dasar Program Transformasi Kerajaan (GTP)?
Melalui pemerhatian beliau, pemeriksaan semula perlu dijalankan ke atas tiga persepsi dalam proses transformasi bahasa dan persuratan iaitu; persepsi pencapaian pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan, penegasan semula dasar bahasa dan persepsi pembaharuan strateginya.
"Perjuangan memartabat dan memperkasakan bahasa tidak akan menemui jalan noktahnya selagi adanya kealpaan, sikap sambil lewa atau acuh tidak acuh.," katanya..
Oleh itu, tegasnya, transformasi bahasa dan persuratan perlu dilakukan demi ketahanan negara bangsa dan mencapai aspek kehidupan berkebudayaan tinggi.

"Cuba kaji apakah dan sejauh manakah kemajuan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Apakah komunikasi lisan dan tulisan sudah digunakan sepenuhnya bagi semua maksud rasmi kerajaan?
"Apakah ada 'model' penggunaan bahasa bermutu untuk dicontohi rakyat daripada kalangan pemimpin, para pegawai mahupun institusi kerajaan? Bagaimana pula bahasa komunikasi dalam jabatan dan antara jabatan sektor awam, komunikasi antara sektor awam dengan sektor swasta atau korporat dan sebaliknya," soal beliau.

Antara yang disarankan beliau adalah melihat penggunaan nama khas dan bahasa kebangsaan di tempat awam, industri perhotelan, pelancongan serta siaran media massa dengan bahasa yang nyata mendukung citra kenegaraan.

"Tetapi, bagaimanakah dapat dilakukan jika komitmen antara sektor awam dengan swasta tidak seganding? Sepatutnya, tanpa paksaan, citra bahasa kebangsaan terpampang penggunaannya di mana- mana jua. Apakah komunikasi antara sektor swasta dan korporat dengan pelanggan dalam negeri atau sebaliknya masih puluhan tahun kekal melalui bahasa Inggeris?

"Cuba kita perhatikan pula suasana komunikasi dalam bentuk iklan, nama khas, taman perumahan, jalan-raya, nama-nama gedung perniagaan di kota-kota di samping bahasa untuk pengumuman dan arahan yang dipamerkan di tempat awam, khalayak ramai mahupun siaran media massa," tegasnya.
Beliau berharap penegasan semula pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan hendaklah digerakkan dengan pendekatan dan strategi transformasi baru memandangkan pencapaian dasar bahasa yang tidak memuaskan dalam beberapa bidang utama kehidupan rakyat sebelum ini.

"Komitmennya mesti lebih kukuh dan dilakukan pembaharuan usaha. Maksudnya, kefahaman, kesedaran pengembangan dan pembinaan aspek-aspek bahasa melalui pembangunan infrastruktur bahasa Melayu tidak boleh dipandang sepi lagi.

"Tetapi, apakah pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan sudah diinsafi semua pihak? Apakah kita memerlukan satu undang-undang baru atau dipinda peruntukan-peruntukan tertentu Akta Bahasa Kebangsaan," ujarnya.

Beliau menegaskan, martabat Bahasa Melayu yang sudah ditetapkan dalam Perlembagaan tidak menjadi isu sebaliknya susunan strategi pelaksanaannya yang perlu lebih teratur.
Selain itu, beliau berharap hasil sastera berbentuk kreatif atau bukan kreatif seperti novel, cerpen, puisi dan segala hasil sastera yang ada dalam bentuk sastera klasik dan moden yang selama ini memaparkan nilai-nilai murni dan persamaan yang membentuk jiwa manusia turut dimanfaatkan.
"Masih ada sikap tidak celik sastera kerana subjek kesusasteraan tidak berkembang di sekolah. Sastera dilihat bukan satu subjek keperluan industri sedangkan di dalamnya sarat dengan pendidikan nilai-nilai patriotisme, nasionalisme, cinta negara, rasa kekitaan dan puluhan nilai murni lain.
A. Aziz menegaskan, Malaysia tidak memerlukan dasar pelbagai bahasa kerana langkah itu hanya akan membawa kepada kemusnahan perpaduan kebangsaan dan keharmonian. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa serantau yang akan menimbulkan kebanggaan, rasa kesatuan dan perpaduan, bukan dipandang dengan sebelah mata.

Beliau berpendapat, aspirasi 1Bahasa 1Bangsa 1Negara dalam konteks 1Malaysia dapat dicapai sekiranya bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam segala urusan kehidupan sementara Malaysia sendiri memimpin gerakan menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa komunikasi antarabangsa sebelum abad ke-21 melabuhkan tirainya.

Rabu, 2 November 2011

Kem Bestari Solat 2011



01 Nov - Kem Bestari Solat khas bagi murid Tahun 6 telah berjaya dianjurkan di bawah kelolaan Panitia Agam Islam yang telah diadakan di Surau SKTR1. Sepanjang kem ini, murid-murid telah dibimbing oleh penceramah yang dijemput iaitu Ust. Badaruddin Bin Omar yang banyak mencurahkan ilmu kepada para peserta.

Kem pada kali ini turut diselitkan dengan alunan qasidah burdah atau selawat atas Nabi SAW. Para peserta turut serta bersemangat ketika qasidah burdah dan selawat dialunkan. Sememangnya qasidah burdah dan selawat ini mempunyai kelebihan atau fadhilatnya seperti yang diterangkan oleh penceramah pada awal program. Mudah-mudahan dengan selawat yang dialunkan ini dapat menyemai perasaan cinta kepada Nabi SAW dan ALlah SWT seperti yang dianjurkan oleh agama.

Para peserta diperkukuhkan dengan penyampaian kaifiat atau cara-cara berwuduk serta rukun-rukunnya. Begitu juga dalam bab solat, para peserta didedahkan dengan perkara-perkara yang membatalkan solat selain diselitkan dengan peranan solat dalam kehidupan dan kepentingan menjaga solat yang difardhukan. Dalam penyampaian slot solat jenazah, para peserta membuat demontrasi bagaimana ianya dilakukan.

Sebelum kem tersebut berakhir, penceramah telah menyampaikan slot Penjernihan Jiwa yang banyak berkisarkan kepada adab-adab yang perlu dijaga dan diamalkan. Para peserta diajak merenung dan memikirkan tentang pentingnya menyuburkan cinta kepada ibu bapa, guru-guru, Nabi SAW dan seterusnya ALlah SWT sebagai bekalan akhirat.

Berikut ialah gambar-gambar yang sempaat dirakam.






Khamis, 20 Oktober 2011

Kursus Transisi TKRS Daerah

18 Okt.- Kursus Transisi Tunas Kadet Remaja Sekolah Rendah peringkat Daerah Pasir Gudang telah diadakan di SK Taman Cendana, Pasir Gudang. Empat orang murid Tahun 6 yang mewakili SKTR1 telah menyertai kursus tersebut.

Para peserta telah diberikan taklimat sebagai pendedahan dan persediaan awal aktiviti KRS di sekolah menengah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kawat kaki dan taklimat KRS. Guru-guru yang jadir juga diberikan taklimat dalam majlis yang berasingan berkenanaan pengurusan TKRS di sekolah masing-masing.

Berikut adalah gambar di sekitar kursus tersebut.





Pelancaran Bulan Bahasa 2011


17 Okt.- Pada hari ini telah diadakan Majlis Pelancaran Minggu Bahasa peringkat sekolah. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Guru Besar, En. Mohamed Salleh Mizan. Sebelum itu, beliau menyampaikan ucapan tentang kepentingan menjayakan MBMBI yang baru diperkenalkan. Ikrar Setia Bahasa telah dibacakan dan diketuai oleh Pn. Roziah Ghazali yang diikuti laungannya oleh semua yang hadir.

Ketua Panitia Bahasa Melayu, Pn. Rosyati Sapuan turut memaklumkan beberapa acara dan aktiviti telah disusun sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan ini.

"Bahasa Jiwa Bangsa"








Isnin, 10 Oktober 2011

Kejohanan Padang & Balapan 2011


8 Okt. - Kejohanan Padang dan Balapan kali ke-15, SK Taman Rinting 1 telah berlangsung dengan jayanya. Beberapa acara padang dan balapan yang sering dipertandingkan diberi persaingan sengit yang disertai oleh wakil-wakil daripada empat buah Rumah Sukan iaitu Merah (Mat Kilau), Biru (Dato' Bahaman), Hijau (Tun Perak) dan Kuning (Maharaja Lela). Beberapa acara sampingan turut dipertandingkan seperti Perbarisan Rumah Sukan, Rumah Sukan Berhias, dan acara yang disertai para ibu bapa.

Selasa, 27 September 2011

Seminar Kenali Anak Kita Zon Selatan

25 Sept.- Kempen "Kenali Anak Kita" adalah kempen kemasyarakatan  yang dianjurkan oleh PENGASIH dengan usahasama PETRONAS. Seminar ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Johor Jaya bagi Zon Selatan yang merangkumi tiga buah negeri dibahagian selatan tanahair. Perlaksanaan kempen ini juga adalah dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan keluarga Negara (LPPKN), Kementerian Pelajaran Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Persatuan Ibu dan Guru (PIBG), serta agensi kerajaan tempatan. Maklumat lanjut tentang kempen ini di sini.



Dalam seminar tersebut, beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh tiga orang pembentang yang cuba mengenegahkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan anak-anak remaja masa kini bagi membangkitkan kesedaran para ibu bapa dalam langkah pencegahan yang berkesan terhadap masalah sosial dewasa ini.

Khamis, 22 September 2011

Majlis Penutupan Sambutan Kemerdekaan ke-54

21 Sept- Majlis Penutupan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 telah diadakan dengan penuh kemeriahan. Pada majlis yang sama, Perutusan Kemerdekaan Yang di-Pertuan Agong telah dibacakan oleh Pn. Noraini Shahudin selaka GPK HEM. Majlis tersebut telah dirasmikan penutupannya oleh En. Rodzuan Raziki, GPK Pentadbiran yang mewakili Tuan Guru Besar, EN. Mohammad Salleh Mirzan, diikuti tayangan nostalgia kemerdekaan.


Rabu, 7 September 2011

Kem Bina Juara 2011

KEM BINA JUARA
2011

SK Taman Rinting 1 akan mengadakan Kem Bina Juara 2011 sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh: 9 Sept. 2011
Masa: 2.00 petang - 11.00 malam
Hari: Jumaat
Tempat: SK Taman Rinting 1


Pada majlis yang sama, akan diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dengan kerjasama:
PIBG, Unit Kaunseling, Badan Dakwah SKTR1

Ahad, 21 Ogos 2011

Semarak Ramadhan


Hijjaz - Ramadhan Bulan Berkat

Telefon Bimbit: Remaja Maut Dipanah Petir

Sumber: Utusan

TANAH MERAH 20 Ogos - Seorang remaja perempuan maut akibat dipanah petir, dipercayai ketika menggunakan telefon bimbit milik ibunya di sebuah bangsal berhampiran rumahnya di Kampung Belimbing dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.50 petang itu, mangsa, Siti Munirah Nordin, 13, meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan terbakar di sebelah kanan muka, telinga, kepala dan punggungnya.
Sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang bercakap dengan seseorang menggunakan telefon tersebut ketika cuaca agak redup dan petir sedang berbunyi.

Remaja berkenaan hanya ditemui oleh abangnya, Mohd. Firdaus, 16, sudah meninggal dunia di bangsal kira-kira pukul 9 malam tadi. Ini berikutan ahli keluarga mencarinya setelah tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa sejak keluar pukul 4.30 petang.

Khamis, 18 Ogos 2011

Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54

15 OGOS - Pada pagi hari ini telah diadakan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan kali-54 peringkat sekolah. Beberapa lagu patriotik telah dinyanyikan dengan pernuh semangat dengan diiringi kibaran Jalur Gemilang oleh murid-murid SKTR1. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Pn. Noraini Bt Shabudin, GPK HEM.


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan 2011!


Isnin, 15 Ogos 2011

Pertandingan Kalam Jamaie 2011

23 JULAI - SK Taman Rinting 1 telah menyertai Pertandingan Kalam Jamaie peringkat Daerah Pasir Gudang. Pertandingan tersebut telah disertai oleh 24 buah sekolah memberikan persaingan yang agak sengit. SKTR1 hanya berjaya mendapat tempat keempat sahaja pada kali. Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada murid-murid dan guru-guru j-QAF yang terlibat. Usaha lagi pada tahun hadapan!


Rabu, 10 Ogos 2011

Menjelang UPSR 2011

Calon-calon UPSR SKTR1 telah menjalani program khas sejak sebulan yang lalu sebagai persediaan untuk menghadapi UPSR pada bulan September ini. Program khas tersebut merangkumi Solat Hajat, Minda Pagi dan juga Motivasi Pagi bersama Kaunseling Sekolah.



Isnin, 8 Ogos 2011

Sambutan bulan Kemerdekaan 2011


Sedar tak sedar, kita dah pun berada pada bulan Ogos dan bakal menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 54. Tema Hari Kemerdekaan 2011 ialah "1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera". 

SKTR1 turut tidak ketinggalan bagi mengadakan sambutan tersebut.


Selamat Menyambut Bulan Ramdhan Dan Hari Kemerdekaan!!


Selasa, 2 Ogos 2011

LDP: Taklimat SAPS

25 JULAI- Taklimat bagi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) telah selesai diadakan. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh semua guru sesi pagi dan juga petang. SAPS diperkenalkan oleh KPM ialah merupakan sistem yang dibangunkan secara talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.

Sistem ini yang antara tujuan lainnya juga dapat dijadikan "Early Warning System" kepada pengurusan melalui Analisis TOV, AR dan ETR.


Ramadhan 1432H


Selamat menyambut Bulan Ramadhan 1432H kepada para pengunjung weblog SK Taman Rinting 1 ini. Mudah-mudahan Ramadhankepada kali ini penuh bererti kita semua. Mari kita hayati bersama-sama nasyid ini....




Klik untuk...


Khamis, 21 Julai 2011

e-Disiplin Akan Diperluaskan


Utusan: 18/07/2011

PUTRAJAYA 18 Julai – Sistem Kawalan Disiplin Murid atau e-Disiplin yang dilancarkan hari ini untuk mengesan dan mengawal tingkah laku murid secara dalam talian, akan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud berkata, melalui e-Disiplin iaitu aplikasi maklumat komunikasi dan teknologi (ICT) berasaskan web, guru disiplin akan melapor salah laku pelajar secara dalam talian.

Ini sekali gus memudahkan kementerian mengukur, mengesan dan mengawal selia disiplin murid sebelum melaksanakan tindakan selanjutnya dan akan dilaksanakan sebagai program pembangunan dalam Rancangan Malaysia ke-10, pada tahun ini, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan komputer riba kepada 97 buah sekolah menengah Felda seluruh negara, yang terlibat dalam pelaksanaan e-Disiplin serta pelancaran e-Disiplin, di sini hari ini.
Sejak 2009 sehingga kini, e-Disiplin hanya dilaksanakan di 317 sekolah termasuk 97 sekolah menengah Felda di seluruh negara yang mendapat maklum balas positif daripada guru-guru kerana mencatatkan penurunan masalah disiplin murid yang begitu signifikan, katanya. – Bernama

Kunjungan Pegawai PPD

 Pada hari Rabu, 20 Julai lalu, SKTR1 telah menerima kunjungan daripada Yang Berbahagia, Pn. Hjh. Saadiah Bt Said (gambar), Pegawai PPD Pasir Gudang bersama En. Hashim B. Zainal (Unit Akademik). Murid-murid Tahun 6 bertuah kerana berkesempatan bertemu muka dengan beliau dalam satu perhimpunan khas. Dalam perhimpunan tersebut, Puan PPD telah menyampaikan ucapan dan memberi suntikan semangat kepada murid-murid bagi menduduki UPSR tidak lama lagi.

Dalam kunjungan tersebut, perjumpaan khas dengan guru-guru Tahun 6 turut diadakan. Analisis keputusan ujian yang lepas telah dibincangkan yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar, En. Mohamad Salleh B. Mirzan. Lanjutan perbincangan tersebut, guru-guru telah diberikan kata-kata semangat dan disarankan dengan beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas kunjungan tersebut.

Isnin, 11 Julai 2011

Karnival Ragbi Johor 2011


SKTR1 telah menyertai pertandingan Karnival Ragbi Johor yang telah diadakan pada 9 - 10 Julai 2011di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor. Pasukan SKTR1 telah menyertai pertandingan tersebut bagi kategori bawah 11 tahun yang terdiri daripada 12 sekolah rendah seluruh negeri Johor.



Pasukan SKTR1 terdiri daripada murid-murid Tahun 4 dan 5 yang berjaya memenangi kategori "Plate" dengan menewaskan SK Seri Bunian, Pontian dengan kiraan mata 24-14. Pasukan sekolah telah dibimbing oleh En. Hazaadzim dan En. Syahrul Azrul.

Tahniah diucapkan.

Rabu, 6 Julai 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan


Pada 2 Julai 2011, Unit Ko-kurikulum telah berjaya menganjurkan program yang dijalankan serentak di seluruh Malaysia iaitu Larian 1 Murid 1 Sukan. Sambutan daripada murid-murid menggalakkan. Selepas selesai larian tersebut, Unit Ko-kurikulum telah mengadakan pertandingan antara Rumah Sukan. Antara acara yang dipertandingkan adalah bola sepak, bola baling, bola jaring dan badminton.

Majulah Sukan untuk Negara!

Karnival Bahasa Melayu 2011

 Karnival Bahasa Melayu (SK) 2011 yang dianjurkan oleh JPN Johor telah diadakan di SK Bandar, Kota Tinggi pada 30 Jun 2011, Khamis lepas. Beberapa pertandingan telah diadakan iaitu Mengarang Esei, Pidato dan Bercerita Tahap 1& 2 yang disertai oleh wakil-wakil dari sekolah-sekolah seluruh Negeri Johor.



Dua orang murid Tahun 6 dari SK Taman Rinting 1 telah  terpilih bagi mewakili Daerah Pasir Gudang dalam pertandingan Mengarang Esei. Sementara bagi pertandingan Bercerita dan Pidato telah diwakili oleh peserta dari SK Bukit Tiram dan SK Pasir Gudang 4. Daerah Pasir Gudang telah menduduki tempat keempat bagi Mengarang Esei. Keseluruhan pertandingan telah dimenangi oleh PPD Muar.

Tahniah kepada para pemenang!