INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Rabu, 27 Jun 2012

Johor Rugby Carnival 2012


23 JUN - SKTR1 telah menyertai Johor Rugby Carnival (JRC2012) bagi kategori B11 yang diadakan di Wilayah Iskandar Malaysia, Johor Bahru. Pertandingan tersebut telah diadakan selama dua hari berturut. Pasukan sekolah hanya berjaya di tempat keempat dalam kategori 'Cup'. Berikut foto pasukan sekolah yang menyertai pertandingan tersebut yang dibimbing oleh En. Hazaazdim, Jurulatih Ragbi Sekolah.

Tahniah diucapkan! Cuba lagi pada tahun hadapan.


 

Isnin, 25 Jun 2012

Hari Terbuka Sekolah 2012

22 JUN - Hari Terbuka Sekolah 2012 telah berjaya diadakan yang bermula pada jam 7.30 pagi. Murid-murid bersama ibu bapa bergerak ke kelas   masing-masing untuk mendapatkan Buku Adab dan berbincang secara langsung dengan guru kelas.

Murid-murid Tahun 6 yang ditemani ibu bapa pula berkumpul dalam satu majlis perjumpaan khas bersama Tuan Guru Besar, En. Mohammed Salleh Bin Mizan serta guru-guru mata pelajaran bagi mendapatkan penerangan dan taklimat berkenaan sasaran pihak sekolah dalam UPSR 2012 nanti.

Hari Terbuka pada kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa gerai menjual buku yang membekalkan pelbagai buku latihan, buku rujukan murid dan juga buku-buku bacaan umum. Ini termasuklah pembukaan kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi menggalakan 'Kempen Menabung' dalam kalangan murid-murid sekolah. 

Rabu, 13 Jun 2012

Pertandingan Ragbi B12 MSSM

12 JUN - Pertandingan Ragbi B12 MSSM telah berlangsung pada 4 Jun -  9 Jun di SMS Seremban, Negeri Sembilan. SKTR 1 telah berjaya menghantar dua orang murid bagi mewakili Pasukan Johor iaitu Moohd Taufik B. Aman (6B) dan Mohd Ilman B. Nahar (5A).

Pasukan Johor muncul Johan dalam Kumpulan D dan layak ke separuh akhir. Bagaimanapun, Pasukan Johor terpaksa akur dengan saingan sengit pasukan lain dan hanya berjaya di tempat keempat setelah kalah kepada Pasukan Selangor. Berikut adalah keputusan yang diperoleh.


Keputusan Dalam Kumpulan D
Johor vs Pahang 25 - 10
Johor vs Melaka 37 - 26
Johor vs Sarawak 97 - 0
Suku Akhir
Johor vs Terengganu 15 -12
Separuh Akhir
Johor vs Sabah 32 - 39
Tempat 3 & 4 Cup
Johor vs Selangor 10 - 12









Latihan Kebakaran 2012

3 MEI - Latihan Kebakaran yang diadakan pada pagi hari ini berjalan dengan lancar. Latihan ini diadakan antara lain bertujuan memupuk kesedaran tentang keselamatan sewaktu kebakaran berlaku. Dengan pendedahan ini, murid-murid akan dapat mengelakkan keadaan yang boleh berlaku panik dan dapat menyelamatkan nyawa masing-masing.

Semua murid telah diarahkan untuk berkumpul di padang dan sedikit taklimat ringkas telah disampaikan oleh GPK HEM, Pn. Noraini kepada murid-murid. Masa yang dicatat bagi mengosongkan bangunan adalah kurang daripada 5 minit. Berikut foto yang telah diambil.




Perkhemahan Unit Beruniform 2012

29 APRIL - Perkhemahan Unit Beruniform 2012 yang diadakan selama tiga hari dua malam yang bermula pada 27 April lalu telah berlangsung dengan jayanya. Program tersebut yang melibatkan 120 orang murid Tahap 2, daripada pelbagai Unit Beruniform merupakan aktiviti tahunan yang dikelolakan oleh Unit Ko-kurikulum.

Berikut antara foto-foto sepanjang perkhemahan tersebut.