INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Rabu, 30 Mac 2011

Majlis Tilawah al-Quran


 SKTR 1 akan menjadi tuan rumah bagi Penutupan Majlis Tilawah al-Quran antara zon yang akan dilangsungkan pada 2 April 2011 (Sabtu) ini. Majlis akan bermula pada 8.00 pagi bagi sesi pendaftaran.

Selamat datang diucapkan kepada para peserta dan dif-dif kehormat ke majlis ini.

Majlis Perpisahan

Pada 28 Feb. 2011 yang lalu, SKTR1 telah mengadakan Majlis Perpisahan bagi meraikan dua orang pegawai di SK Taman Rinting 1 iaitu En. Nor Rahman B. Hussein (GPK Pentadbiran) dan juga Pn. Zanariah Binti Md Jidin (Penyelia Petang).

Majlis ini diadakan sempena menghargai sumbangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan mereka di SKTR1 ini. En. Nor Rahman B. Hussein kini telah bertugas di Permas Jaya, sementara Pn. Zanariah Binti Md Jidin pula telah berpindah dan bertugas di Kulai Jaya. Selamat maju jaya diucapkan.





Majlis tersebut turut meraikan kehadiran Pn. Soh Rosie yang mengisi jawatan Penyelia Petang. Selamat bertugas diucapkan. 

Buat masa ini, SKTR1 masih kekosongan GPK Pentadbiran.


P/S: Maaf atas kelewatan berita ini disiarkan.

Jumaat, 25 Mac 2011

Kutipan Dana Baik Pulih Surau Sekolah



"Alhamdulillah, Surau SKTR1 kini telah mula digunakan oleh para murid dan guru sejak bulan awal Mac 2011. Kerja-kerja baik pulih dapat disele..."

Lawatan Ke Pusat Bekalan Air Sultan Iskandar

(Dikemaskini-Foto) Seramai 40 orang murid telah dipilih bersama 4 orang guru pengiring yang menyertai lawatan tersebut. Lawatan ini diadakan sempena Hari Terbuka Pusat Bekalan Air Sultan Iskandar, Masai. Lawatan akan dibuat pada ketetapan berikut:

Tarikh: 26 Mac 2011 | Sabtu
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Berkumpul: SK Taman Rinting 1
Pakaian: Pakaian sekolah lengkap

Isnin, 7 Mac 2011

Ujian PSR1 & UPPM1





Pada minggu lepas, iaitu pada 1,2 dan 3hb. Mac telah berlangsung ujian PSR1 bagi tahap 1 dan 2. Bagi Tahun 6, ujian kedua akan diadakan pada 8, 9 dan 10 hb. Mac 2011 iaitu Ujian Pengesanan Prestasi Murid 1 (UPPM1).

UPPM1 adalah diselaraskan bagi semua sekolah di negeri Johor bagi menilai calon-calon UPSR. Warga SKTR1 sentiasa mendoakan kejayaan semua murid. Selamat maju jaya diucapkan.

Foto: Majlis Anugerah Cemerlang & Mesyuarat Agung PIBG

Majlis tersebut telah berjaya diadakan pada 26 hb. Januari yang lalu dengan kehadiran para ibu bapa yang memberangsangkan. Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Bhg. En. Mohd Nor Bin A. Ghani, Timb. Pengarah Pelajaran Johor. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.


Berikut antara foto-foto yang sempat dirakam.