INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Ahad, 24 November 2013

Projek Baikpulih Bumbung Sekolah

24 Nov. 13 - Cuti persekolahan pada kali ini telah digunakan oleh pihak kontraktor yang bertanggungjawab untuk menukarkan bumbung bagi dua blok bangunan lama SKTR 1. Adalah diharapkan agar projek ini dapat disiapkan sebelum bermula persekolahan 2014.






Rabu, 20 November 2013


18 Nov. 13 - LDP peringkat dalaman telah dijalankan selama seminggu selepas cuti persekolahan akhir tahun bermula. LDP yang dijalankan terdiri daripada kursus-kursus KSSR bagi semua mata pelajaran, perancangan strategik dan juga Frog VLE. Berikut sebahagian foto yang diambil.






Khamis, 7 November 2013

Keputusan UPSR 2013



KUALA LUMPUR: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 akan diumumkan Khamis ini, 14 November. 

Berdasarkan pekeliling kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri, 478,848 calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi. 


Kementerian Pendidikan Malaysia juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2013 secara sistem pesanan ringkas (SMS). 

Sumber BH


Isnin, 4 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435H


Lawatan Ke Melaka Negeri Bersejarah 2013

  



4 Nov - Program lawatan ke Melaka yang dikelolakan oleh UBK sekolahtelah berjaya dijalankan. Seramai 40 orang murid daripada pelbagai aliran termasuk 4 orang guru pengiring mengikuti lawatan tersebut.

Berikut adalah antara cebisan kenangan yang sempat dirakam untuk tatapan semua.

Foto oleh Cikgu Fauziah.




Isnin, 28 Oktober 2013

KGV 10's 2013 International Tournament

27 Okt. 13 - 'KGV 10's 2013 International Tournament' yang diadakan di Seremban yang berlangsung selama dua hari bermula 26 Okt. lalu telah disertai oleh Pasukan SKTR1. Pasukan SKTR1 telah berjaya merangkul Johan 'Plate' bawah 12. Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah yang dibimbing oleh En. Hazaadzim dan En. Syahrul serta guru-guru yang mengiring.


Khamis, 22 Ogos 2013

Bulan Kemerdekaan Kali Ke- 56





Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-56, SK Taman Rinting 1 telah menyusun program-program yang menarik untuk dihayati oleh warga sekolah tentang erti kemerdekaan yang telah negara capai. Mari kita sama-sama menyemarakkan lagi cinta kita kepada negara dengan slogan "Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku".

Isnin, 19 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H



Kami warga SK Taman Rinting 1, Masai, Johor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pengunjung-pengujung blog ini dan semua kaum muslimin muslimat di seluruh negara.

Ahad, 30 Jun 2013

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN KALI KE-18 TAHUN 2013

Acara Tarik Tali antara pasukan Rumah Merah bertemu Rumah Biru.

29 JUN - Kejohanan Padang & Balapan bagi kali ke-18 telah berlangsung dengan jayanya yang bertempat di Padang SK Taman Rinting 1. Acara yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah acara-acara balapan yang melibatkan kesemua kategori. Bagaimanapun, acara padang dan sukantara telah dijalankan pada beberapa hari yang lepas.
Kejohanan yang bermula pada awal pagi itu telah dirasmikan oleh YB Hjh Normala Bt. Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang dengan tiga das tembakan telah dilepaskan ke udara sebagai gimik perasmian. Pada sebelumnya, perbarisan dan tabik hormat daripada semua kontijen rumah sukan telah berlangsung dengan baik yang diiringi paluan gendang daripada Band SISG yang dijemput khas.

Keseluruhan kejohanan pada kali ini telah dinobatkan kepada Rumah Merah yang diikuti Rumah Kuning, Rumah Biru dan Rumah Hijau. Berikut antara foto yang sempat dirakam sepanjang kejohanan berlangsung.


Merentas Desa



Selasa, 19 Mac 2013

Mesy. Agung PIBG Kali Ke-22 & Hari Anugerah Cemerlang 2013


17 MAC - Mesyuarat Agung PIBG ke-22 dan Hari Anugerah Cemerlang 2013 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Tertutup, SK Taman Rinting 1. Majlis yang bermula pada 8.00 pagi itu berjaya menarik para ibu bapa untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut hingga ke majlis tamat. Pada sebelah pagi, Mesyuarat Agung PIBG telah berlangsung dengan lancar dengan menyaksikan beberapa muka baru dilantik sebagai AJK. Jawatan YDP dan NYDP masih mengekalkan orang lama iaitu disi oleh En. Abd. Aziz Bin Naemat dan En. Suboh Bin Ahmad. Setelah mesyuarat ditangguhkan, para hadirin berehat seketika dengan menjamu selera sebelum bermula sesi kedua iaitu Majlis Hari Anugerah Cemerlang.

Majlis Hari Anugerah Cemerlang berlangsung dengan meriah diselangi dengan beberapa buah persembahan murid-murid SK Taman Rinting 1. Sebelum itu, majlis tersebut telah dirasmikan oleh wakil rasmi YB Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang. Majlis tersebut bertambah meriah apabila jumlah hadiah dan hamper yang disediakan agak besar dan menarik para hadirin hingga ke akhir majlis.







Jumaat, 8 Mac 2013

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu UPSR 2013

7 MAC - Bengkel teknik menjawab soalan ini telah diadakan khas bagi calon-calon UPSR 2013 yang telah dikelolakan oleh Panitia Bahasa Melayu. Bengkel yang bermula pada 10.30 pagi itu telah disampaikan oleh En. Ilham Bin Ismail dari SK Taman Rinting 2. Banyak tip yang telah dikongsikan oleh beliau khas bagi menjawab soalan kertas 2 Bahasa Melayu.
Bengkel tersebut berakhir pada jam 1.00 tengahari, yang berjaya menarik perhatian semua peserta yang hadir hingga tamat. Tahniah diucapkan dan selamat maju jaya kepada calon-calon UPSR SKTR1 2013.

Foto-foto yang dirakam..





Pelancaran Minggu Anti Dadah 2013


4 MAC - Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah 2013 peringkat sekolah telah disempurnakan perasmiannya Tuan Guru Besar, En. Shamsudin Bin Yamhari. Majlis yang diadakan serentak dengan majlis perhimpunan mingguan itu bermula pada awal pagi bertempat di Gelanggang Muafakat, SKTR1. Ucapan perutusan sempena Minggu Anti Dadah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar yang kemudiannya upacara memecahkan replika picagari, rokok dan pil sebagai simbolik perasmian Minggu Anti Dadah bagi tahun 2013. Berikutnya bacaan ikrar Anti Dadah telah diketuai bacaannya oleh Adik Azamuddin. Sepanjang minggu ini, beberapa aktiviti yang berkaitan telah diatur seperti pertandingan poster Anti Dadah.

Berikut antara foto yang sempat dirakam...








"Malaysia Maju Tanpa Dadah"

Rabu, 6 Mac 2013

Majlis Tilawah Al-Quran Dan Festival Nasyid (MTQ) 2013

2 MAC - Majlis Tilawah Al-Quran Dan Festival Nasyid (MTQ) peringkat sekolah-sekolah Zon Rinting telah berlansung dengan jayanya di SK Taman Rinting 1. Antara acara yang dipertandingkan adalah tilawah al-Quran, Hafazan, Bercerita dan Nasyid. Majlis tersebut telah dirasmikan penutupannya oleh Tuan Guru Besar, En. Shamsudin Bin Yamhari. Majlis tersebut turut dihadiri oleh guru besar-guru besar sekolah berdekatan.
SK Taman Rinting 1 memproleh keputusan seperti berikut:

Nasyid - Johan
Tilawah - Johan
Bercerita - Johan (L), Naib Johan (P)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Berikut adalah foto-foto pada hari majlis dijalankan...






Selasa, 5 Mac 2013

Pertandingan Ragbi SR Peringkat Daerah Pasir Gudang 2013

25 FEB. - Pertandingan Ragbi SR(B12) Peringkat Daerah Pasir Gudang telah berlangsung dengan jayanya yang diadakan di SK Taman Johor Jaya (1). Pertandingan tersebut melibatkan tiga buah sekolah rendah iaitu SK Tmn RInting (1), SK Johor Jaya (1) dan SK Kota Masai. Setiap sekolah telah menurunkan 3 kumpulan bagi perlawanan selama sehari itu. Berikut kejayaan yang diperoleh oleh pasukan SK Taman Rinting (1).

Kategori CUP - Johan
Kategori Plate - Johan
Kategori Bowl -  Naib Johan

Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah yang telah dibimbing oleh En. Azim dan En. Syahrul.

Berikut foto yang dirakam...

Tim SKTR1 (B)

Tim SKTR1 (A)

Tim SKTR1 (C)