INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Selasa, 9 Oktober 2012

Kejohanan Balapan & Padang 2012

6 OKT- Kejohanan Balapan Dan Padang Kali ke-16 telah berlangsung dengan jayanya. Kejohanan yang bermula pada awal pagi itu telah dirasmikan oleh ADUN Permas Jaya, YB Datuk MM Samy. Pembukaan kejohanan telah dimulakan dengan acara perbarisan yang terdiri daripada wakil rumah sukan masing-masing. Perbarisan tersebut telah diketuai oleh Adik Mohd Taufik B. Aman yang turut menaikkan bendera kejohanan. Kemudiannya diikuti oleh persembahan senamrobik yang terdiri daripada murid-murid SK Taman Rinting (1).
Antara acara padang yang dilangsungkan pada pagi ini adalah 100 M (L & P), 4 x 100 M (LA & LB) dan 4 x 200 M (LA & LB) yang berlangsung dengan meriah. Acara jemputan dan acara bagi ibu bapa yang hadir turut diadakan.

Selasa, 25 September 2012

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 55

21 SEPT. - Pada pagi hari ini telah berlangsung Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan secara rasminya di peringkat SK Taman Rinting 1. Majlis ini telah dirasmikan penutupannya oleh Tuan Guru Besar dalam suasana yang gilang gemilang diiringi dengan nyayian lagu-lagu patriotik yang penuh bersemangat oleh warga SKTR1.
Dalam majlis yang sama, penyampaian hadiah bagi pertandingan yang diadakan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan ini turut diadakan. Pelbagai aktiviti yang telah disusun dan mendapat sambutan daripada murid-murid.
Adalah diharapkan, hasil daripada program seumpama ini dapat memupuk dan mendidik murid-murid khususnya dan masyarakat sekeliling akan kepentingan untuk mencintai tanah air yang tercinta ini.
Selamat maju jaya, Malaysia!

Selasa, 4 September 2012

Azam Dan Tekad UPSR 2012





Ambang Kemerdekaan Ke 55

30 OGOS -  Majlis sambutan di ambang kemerdekaan telah berlangsung dengan meriah sehari sebelum 31 Ogos yang diadakan di Gelanggang Muafakat, SKTR1. Dalam majlis yang ringkas itu, GPK HEM, Pn. Noraini telah membacakan Perutusan Hari Kemerdekaan kepada hadirin dan diikuti dengan nyayian lagu-lagu patriotik. Kemeriahan diserikan lagi dengan kibaran Jalur Gemilang oleh murid-murid. Majlis berakhir pada pukul 8.00 pagi selepas sejam lebih berlangsung. Berikut antara foto-foto yang dapat dirakam.





Rabu, 15 Ogos 2012

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 55

15 OGOS - Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke 55 telah dilancarkan secara rasminya di peringkat sekolah pada hari ini oleh Tuan Guru Besar, En. Mohammed Salleh Mizan dengan meriahnya.

Majlis yang bermula pada jam 7.15 pagi dimulai dengan nyayian lagu-lagu rasmi, bacaan ikrar dan ucapan pelancaran Tuan Guru Besar, SKTR1 yang sekaligus merasmikan pelancaran tersebut. Lagu-lagu patriotik telah dimainkan dan dinyanyikan dengan penuh semangat oleh murid-murid. Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang sambutan ini. Sama-sama kita jayakan dan hayati sambutan bulan kemerdekaan ini.









"Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55"








Rabu, 8 Ogos 2012

Lailatulqadar Malam Yang Dinanti Oleh Mukmin

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Sumber

Jumaat, 3 Ogos 2012

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 - 2012

Tema Hari Merdeka 2012. "Janji Ditepati" dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos.


Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.

Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

"Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 September kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak," katanya.
- BERNAMA

Rabu, 18 Julai 2012

Sirkit Pembangunan 1MCC Terbuka Johor 2012 - B11

14 JULAI - SKTR1 telah mengahantar satu pasukan bagi mengikuti program ini yang berlangsung selama dua hari di Pontian. Dalam program tersebut, pasukan SKTR1 diletakkan dalam Kumpulan D dan telah muncul sebagai juara kumpulan. Pasukan sekolah berjaya ke peringkat akhir dan merangkul tempat ketiga kategori Cup.
Pasukan sekolah membawa pulang pingat dan juga sijil penyertaan. Berikut adalah jadula perlawanan.


Kumpulan D Mata
SKTR1 vs SK Permas Kelapa (Pontian) 32 - 0
SKTR1 vs SK Bukit Batu (Kulai) 25 - 0
Suku Akhir Cup/ Plate
SKTR1 vs SK Johor Jaya 1 (P. Gdg) 5 - 0
Separuh Akhir
SKTR1 vs SK Kem Iskandar (Mersing) 7 - 15
3 & 4 Cup
SKTR1 vs SK Rahang Batu 28 (Kluang) 39 - 5





Rabu, 11 Julai 2012

Senamrobik Serentak 1M1S

10 JULAI - Program Senamrobik 1M1S yang serentak diadakan diseluruh negara telah berjaya diadakan, begitu juga di peringkat SKTR1. Program yang bermula pada 7.15 pagi yang melibatkan kesemua murid SKTR1 diadakan di Dataran Kejat. Ucapan alu-aluan dan perutusan KPM telah disampaikan oleh En. Roduan Raziki, GPK Pentadbiran. Program yang berakhir sehingga 10.00 pagi itu mendapat sambutan yang baik daripada kalangan murid dan guru. Berikut antara foto sepanjang program tersebut.







Rabu, 27 Jun 2012

Johor Rugby Carnival 2012


23 JUN - SKTR1 telah menyertai Johor Rugby Carnival (JRC2012) bagi kategori B11 yang diadakan di Wilayah Iskandar Malaysia, Johor Bahru. Pertandingan tersebut telah diadakan selama dua hari berturut. Pasukan sekolah hanya berjaya di tempat keempat dalam kategori 'Cup'. Berikut foto pasukan sekolah yang menyertai pertandingan tersebut yang dibimbing oleh En. Hazaazdim, Jurulatih Ragbi Sekolah.

Tahniah diucapkan! Cuba lagi pada tahun hadapan.


 

Isnin, 25 Jun 2012

Hari Terbuka Sekolah 2012

22 JUN - Hari Terbuka Sekolah 2012 telah berjaya diadakan yang bermula pada jam 7.30 pagi. Murid-murid bersama ibu bapa bergerak ke kelas   masing-masing untuk mendapatkan Buku Adab dan berbincang secara langsung dengan guru kelas.

Murid-murid Tahun 6 yang ditemani ibu bapa pula berkumpul dalam satu majlis perjumpaan khas bersama Tuan Guru Besar, En. Mohammed Salleh Bin Mizan serta guru-guru mata pelajaran bagi mendapatkan penerangan dan taklimat berkenaan sasaran pihak sekolah dalam UPSR 2012 nanti.

Hari Terbuka pada kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa gerai menjual buku yang membekalkan pelbagai buku latihan, buku rujukan murid dan juga buku-buku bacaan umum. Ini termasuklah pembukaan kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi menggalakan 'Kempen Menabung' dalam kalangan murid-murid sekolah. 

Rabu, 13 Jun 2012

Pertandingan Ragbi B12 MSSM

12 JUN - Pertandingan Ragbi B12 MSSM telah berlangsung pada 4 Jun -  9 Jun di SMS Seremban, Negeri Sembilan. SKTR 1 telah berjaya menghantar dua orang murid bagi mewakili Pasukan Johor iaitu Moohd Taufik B. Aman (6B) dan Mohd Ilman B. Nahar (5A).

Pasukan Johor muncul Johan dalam Kumpulan D dan layak ke separuh akhir. Bagaimanapun, Pasukan Johor terpaksa akur dengan saingan sengit pasukan lain dan hanya berjaya di tempat keempat setelah kalah kepada Pasukan Selangor. Berikut adalah keputusan yang diperoleh.


Keputusan Dalam Kumpulan D
Johor vs Pahang 25 - 10
Johor vs Melaka 37 - 26
Johor vs Sarawak 97 - 0
Suku Akhir
Johor vs Terengganu 15 -12
Separuh Akhir
Johor vs Sabah 32 - 39
Tempat 3 & 4 Cup
Johor vs Selangor 10 - 12









Latihan Kebakaran 2012

3 MEI - Latihan Kebakaran yang diadakan pada pagi hari ini berjalan dengan lancar. Latihan ini diadakan antara lain bertujuan memupuk kesedaran tentang keselamatan sewaktu kebakaran berlaku. Dengan pendedahan ini, murid-murid akan dapat mengelakkan keadaan yang boleh berlaku panik dan dapat menyelamatkan nyawa masing-masing.

Semua murid telah diarahkan untuk berkumpul di padang dan sedikit taklimat ringkas telah disampaikan oleh GPK HEM, Pn. Noraini kepada murid-murid. Masa yang dicatat bagi mengosongkan bangunan adalah kurang daripada 5 minit. Berikut foto yang telah diambil.




Perkhemahan Unit Beruniform 2012

29 APRIL - Perkhemahan Unit Beruniform 2012 yang diadakan selama tiga hari dua malam yang bermula pada 27 April lalu telah berlangsung dengan jayanya. Program tersebut yang melibatkan 120 orang murid Tahap 2, daripada pelbagai Unit Beruniform merupakan aktiviti tahunan yang dikelolakan oleh Unit Ko-kurikulum.

Berikut antara foto-foto sepanjang perkhemahan tersebut.










Rabu, 4 April 2012

Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Daerah Pasir Gudang

Kejohanan Balapan dan Padang Daerah Pasir Gudang telah diadakan pada 27, 28, 29 & 30 Mac 2012 di SK. Seri Kota Puteri dan SMK Seri Kota Puteri. Terdapat 4 zon yang bertanding iaitu Zon Rinting, Zon Pasir Putih, Zon Ulu Tiram dan Zon Johor Jaya.

4 orang murid telah mewakili sekolah ke peringkat daerah Pasir Gudang iaitu :

1. Mohd Fauzi bin Buhari   
2. Mohamad Taufik bin Aman
3. Muhammad Kamal bin Annuar
4. Mohamad Azmeer bin Abdullah

Berikut merupakan senarai pingat yang diperoleh :


Bil
Nama Pelajar
Acara
Kategori
Pingat
1
Mohd Fauzi bin Buhari
4 x 100 meter
Lelaki 12
Gangsa
2
Muhammad Kamal bin Annuar
200 meter
4 x 100 meter
4 x 200 meter
Lelaki 10
Gangsa
Gangsa
Perak
3
Mohamad Azmeer bin Abdullah
4 x 100 meter
4 x 200 meter
Lelaki 10
Gangsa
Perak

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah mewakili sekolah ke peringkat daerah.
Guru pengiring selaku jurulatih ialah Puan Suriati binti Hamdani.

Muhammad Kamal bin Annuar telah berjaya untuk mewakili daerah Pasir Gudang ke peringkat seterusnya iaitu MSSJ yang akan diadakan pada 12 hingga 15 April 2012 di Kluang, Johor. Beliau akan menjalani latihan pusat di SMK Seri Kota Puteri bermula dari 2 April hingga 10 April 2012.

Tahniah dan teruskan usaha anda.

Isnin, 26 Mac 2012

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring 2012

 Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1 sekali lagi dijemput untuk menyertai perlawanan bola jaring persahabatan  di Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Puteh pada 25 Mac 2012 (hari Ahad .) .Sebanyak 7 buah sekolah telah menyertai perlawanan persahabatan kali ini . Perlawanan kali ini dijalankan secara liga . Perlawanan yang dianjurkan ini bertujuan menguji kemampuan dan ketahanan pasukan sekolah kita . berikut adalah keputusan perlawanan.

1) SKTR 1 (6  )   VS   SK KOPOK  (3) 
2) SKTR 1 (10)   VS   SK PASIR PUTEH  (1 )
3) SKTR 1 (15)   VS   SK PERMAS JAYA 2  ( 7 )
4)SKTR  1 ( 4)    VS   SK TAMAN PASIR PUTEH ( 10 )
5 SKTR 1  (18 )  VS   SK JOHOR JAYA 5 ( 1)
SKTR 1  (5  )   VS   SK KOTA MASAI 1  (6)



 Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah memberi sokongan kepada pasukan sekolah .Jutaan terima kasih kepada pengusaha kantin sekolah yang telah memberikan sokongan kepada pasukan sekolah kita .... doakan kejayaan pasukan kita nanti ..... amin

 ( En Izwan .... jurulatih bola jaring sekolah )

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah

26 MAC -  Majlis MTQSS bagi Zon Rinting telah berlangsung di SK Masai pada 24 Mac, Sabtu lalu. SKTR1 telah menghantar wakil bagi beberapa pertandingan yang diadakan. Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah (L&P), Hafazan   (L&P), Bercerita   (L&P), Nasyid dan Azan. Pasukan SKTR1 telah berjaya merangkul 3 johan bagi Tilawah (Nuraidah Mohd Khalid), Bercerita (Muhammad Haziq Ghisam) dan 2 tempat ketiga iaitu bagi acara Hafazan (Eka Ayu Lestari Sapuwan) dan Azan (Imran Aiman Naharuddin). Tiga peserta lain berjaya mendapatkan saguhati bagi acara yang disertai.

Hadiah-hadiah dan saguhati kejohanan telah disampaikan kepada para peserta pada Majlis Perhimpunan pada pagi ini. Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang berjaya.