INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Rabu, 19 Mac 2014

Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah Peringkat Daerah Pasir Gudang 2014

18 MAC - Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah peringkat daerah telah diadakan di SK Kota Masai 2 selama sehari. Pelbagai pertandingan telah diadakan pada karnival tersebut seperti Bicara Berirama, Pesta Pantun, Bercerita Tahap 1 dan 2, dan Pidato Diraja.

Keputusan rasminya, peserta dari SK Taman Rinting 1 telah berjaya menjadi Naib Johan bagi pertandingan Bicara Berirama dan "Anugerah Konduktor Terbaik" telah dinobatkan kepada konduktor dari SKTR1, Adik  Mohd Hariz Danial Bin Mohd Ruzaidi. Sekalung tahniah kepada guru-guru yang terlibat. Berikut antara foto yang berkaitan.





Anugerah Konduktor Terbaik

Persembahan sebelum pertandingan


Rabu, 5 Mac 2014

Mesyuarat Agung PIBG & Hari Anugerah Cemerlang 2013


22 FEB. - Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 dan Hari Anugerah Cemerlang 2013 telah diadakan dengan jayanya. Majlis yang saban tahun diadakan itu telah dirasmikan oleh wakil kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang yang diikuti dengan paluan kompang oleh murid-murid SKTR1.

Sambutan daripada ibu bapa sangat memberangsangkan. Pelbagai anugerah telah sampai kepada murid-murid yang terlibat. Majlis tersebut selesai pada jam 1.30 tengah hari.