INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Jumaat, 22 Oktober 2010

e-Disiplin di Semua Sekolah

Sumber: Utusan

ARKIB : 05/05/2008

e-Disiplin di Semua Sekolah Menengah

KUALA TERENGGANU 4 Mei - Sistem e-Disiplin iaitu sistem pengurusan masalah disiplin pelajar secara berkesan dan sistematik berasaskan teknologi web akan diperluaskan kesemua 2,100 buah sekolah menengah seluruh negara dalam tempoh terdekat ini.

Sistem itu yang dibangunkan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (Mapan) sejak Januari tahun lepas terbukti berjaya mengurangkan masalah disiplin pelajar dalam program perintis di 137 sekolah sebelum ini.

Presiden Mapan, Sulaiman Ahmad berkata, berdasarkan kejayaan yang ditunjukkan dalam program perintis itu, Kementerian Pelajaran bersetuju supaya sistem itu diperluaskan di semua sekolah menengah dalam pelaksanaan fasa kedua projek berkenaan.

''Pelaksanaan sistem ini adalah untuk menyahut dan menjayakan agenda pendidikan negara di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9),'' katanya selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara UMT dan Mapan bagi penyelidikan dan pembangunan e-Disiplin di sini hari ini.

UMT diwakili Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Sulaiman Yassin manakala Sulaiman mewakili Mapan pada majlis yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail.

Sementara itu, Naib Canselor UMT itu berkata, aliran sistem kerja bagi e-Disiplin adalah kesemua proses menjatuhkan hukuman kepada pelajar bergantung kepada input kes-kes kesalahan yang dimasukkan menerusi sistem setelah mendapat pengesahan ahli mesyuarat kes disiplin.

Jelasnya, segala cetakan surat amaran serta kemas kini rekod merit kesalahan pelajar dibuat secara automatik oleh sistem berkenaan.

''Jika seorang pelajar melakukan kesalahan, merit pelajar itu akan berkurangan dan ia akan memberi kesan kepada rating disiplin sekolah itu. Oleh itu, apabila seorang pelajar membuat kesalahan, seluruh warga sekolah itu perlu menangani masalah tersebut secara bekerjasama jika tidak mahu rating disiplin sekolah itu terjejas," ujarnya.

Beliau memberitahu, penyelidikan dan pembangunan sistem e-Disiplin diketuai oleh Pengarah Pusat Teknologi Maklumat UMT, Prof. Dr. Md. Yazid Mohd. Saman

bersama tujuh lagi pensyarah yang berpengalaman luas dalam penyelidikan komputer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan