INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Isnin, 4 Oktober 2010

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan

Pada 1 Oktober (Jumaat) lalu, SKTR1 telah mengadakan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan di Gelanggang Muafakat bermula pada awal pagi persekolahan. Dalam majlis tersebut, Tuan Guru Besar telah menyampaikan sedikit ucapan berkisar tentang kepentingan para murid untuk menghayati erti kemerdekaan agar menjadi rakyat yang bertanggung jawab dan mencintai tanah air tercinta ini.
Dalam majlis yang sama, Tuan Guru Besar turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang telah diadakan. Di akhir majlis, semua murid dan guru menyanyi bersama sebuah lagu patriotik dan ditutup dengan nyanyian Lagu Negaraku.

Bingkisan Foto


Tiada ulasan:

Catat Ulasan