INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Selasa, 2 November 2010

Sambutan Hari Kanak-kanak 2010

Pada hari ini, Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1 telah berjaya menganjurkan sambutan Hari Kanak- Kanak 2010 dan Program Membaca dengan kerjasama Utusan Malaysia & Southern Lion.

Antara objektif sambutan ini diadakan ialah:
  1. Menyemai sifat toleransi dan berdaya saing yang sihat dikalangan kanak-kanak
  2. Menanam semangat setiakawan di antara murid dan warga sekolah .
  3. Menyemai semangat muhibbah antara kaum.


Aktiviti yang telah dijalankan:
  • Pertandingan buku skrap
  • Pertandingan mewarna anjuran - Utusan Malaysia .
  • Slot penjagaan gigi - Southern Lion)
  • Pertandingan menyampul buku
  • Pertandingan pakaian beragam

Berita penuh ada disiarkan di sini.

Murid -murid yang memenangi pertandingan telah berjaya membawa pulang pelbagai hadiah yang menarik. Tahniah diucapkan.

Pihak sekolah dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Sambutan Hari Kana-kanak 2010 ini, terutama kepada Utusan Malaysia dan juga Southern Lion atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan.

Saksikan bingkisan foto yang sempat dirakam...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan