Hari ini, 3 Januari merupakan hari pertama persekolah bagi sesi 2011 yang dimulakan serentak di seluruh negara. Pada hari ini juga, Perhimpunan Pagi Mingguan telah pun diadakan. Sudah tentu pada awal persekolahan ini, murid-murid diingatkan semula tentang peraturan dan juga pembentukan disiplin dan juga sahsiah.
Dalam ucapan Tuan Guru Besar di perhimpunan pagi tadi, turut menyentuh tentang aspek 'kemenjadian' murid yang menjadi sebahagian besar pengukuran kepada prestasi sekolah dan juga guru. Warga SKTR1 sentiasa didedahkan dengan istilah "Kemenjadian" ini supaya mereka faham apa hakikat dan tujuan ianya diperkenalkan.
Sebelum itu, pihak pentadbiran sekolah dan juga guru-guru telah seminggu lebih awal berada di sekolah bagi membuat persiapan dengan mengadakan mesyuarat pengurusan, kursus dalaman dan juga persiapan tempat bagi memastikan perlaksanaan kurikulum baru, KSSR yang baru diperkenalkan dapat dijalankan dengan lancar.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua murid dan juga warga pendidika.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan