INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Khamis, 19 Mei 2011

Sambutan Hari Guru 2011


Kelab Guru & Kakitangan SKTR1 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru di Gelanggang Muafakat. Paluan kompang bergema mengiringi kehadiran Tuan Guru Besar, GPK dan para guru ke Gelanggang Muafakat. Ucapan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah dibacakan oleh Pn. Noraini Shahudin, GPK HEM dan perutusan Pengarah Pelajaran Johor pula dibacakan oleh En. Rodzuan Raziki, GPK Pentadbiran. Tuan Guru Besar turut menyampaikan ucapannya dan sekaligus merasmikan majlis sambutan tersebut.


Beberapa persembahan murid telah berjaya dipersembahkan yang telah dipimpin oleh Cikgu Izwan, Cikgu Khairul dan Cikgu Rabbiatul. Di samping itu, murid-murid dipertontonkan dengan tayangan yang memaparkan  pengorbanan guru-guru dalam mendidik anak bangsa. Beberapa acara sukaneka turut dijalankan bagi memeriahkan lagi majlis sambutan tersebut.

Pada tengah harinya, guru-guru telah diraikan dengan jamuan makan tengahari di sebuah restoran berdekatan. Pada waktu yang sama, pihak KGK mengambil kesempatan untuk meraikan hari jadi Tuan Guru Besar, En. Mohammed Salleh Mizan. Mudah-mudahan dipanjangkan usia dengan limpahan rahmat-Nya.




Berikut antara foto yang sempat dirakam sepanjang program tersebut. Saksikan!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan