INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Isnin, 10 Oktober 2011

Kejohanan Padang & Balapan 2011


8 Okt. - Kejohanan Padang dan Balapan kali ke-15, SK Taman Rinting 1 telah berlangsung dengan jayanya. Beberapa acara padang dan balapan yang sering dipertandingkan diberi persaingan sengit yang disertai oleh wakil-wakil daripada empat buah Rumah Sukan iaitu Merah (Mat Kilau), Biru (Dato' Bahaman), Hijau (Tun Perak) dan Kuning (Maharaja Lela). Beberapa acara sampingan turut dipertandingkan seperti Perbarisan Rumah Sukan, Rumah Sukan Berhias, dan acara yang disertai para ibu bapa.

   Perasmian kejohana pada kali ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Ahmad Bin Daud, wakil rasmi YB. Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin. Turut hadir ialah wakil PPD Pasir Gudang, En. Mohd Hafidz Bin Samsudin, Penyelia Teknologi Dan Maklumat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan