INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Selasa, 26 April 2011

10,000 Guru Bahasa Inggeris Dilatih Tahun Ini

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran menyasarkan untuk melatih 10,000 guru bahasa Inggeris tahun ini bagi memastikan pengajaran bahasa itu di sekolah berjalan ­lancar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penye­diaan latihan berkenaan selaras dengan pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu yang bermula tahun depan.
“Walaupun Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan, kementerian giat melaksanakan pelbagai usaha dan strategi bagi meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam bahasa Inggeris.

Isnin, 18 April 2011

Anugerah Ko-kurikulum


Majlis perhimpunan pada pagi telah diserikan dengan majlis penyampaian hadiah bagi beberapa pertandingan yang telah diadakan.

Rabu, 6 April 2011

Pertandingan Bola Sepak B12-Zon Rinting

Perlawanan bola sepak peringkat Zon Rinting telah berlangsung di Padang SK Taman Rinting1 pada 2 April 2011 (Sabtu). SK Taman Rinting 1 telah berjaya merangkul juara Zon Rinting. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan (SKTR1).

Peringkat Kumpulan A:
SKTR1 vs SK Kota Putri : 2-0
SKTR1 vs SKJC Nam Heng: 5-0
SKTR1 vs SK Seri Alam 2: 0-0

Separuh Akhir:
SKTR1 vs SK Bandar Seri Alam: 1-0

Akhir:
SKTR 1 vs SK Masai: 1-0

Tahniah diucapkan!
3 Orang murid dari SKTR1 berjaya dipilih untuk mewakili Zon Rinting ke Peringkat Daerah Pasir Gudang.