INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Khamis, 19 Mei 2011

Latihan Memadam Kebakaran


Pada pagi hari ini, latihan kebakaran telah dilakukan yang melibatkan hampir 500 orang murid sesi pagi. Bunyi loceng dengan deringan panjang dibunyikan kira-kira pada pukul 9.40 am. Murid-murid diarahkan bergerak pantas mengikut laluan yang telah ditetapkan dalam Pelan Kecemasa Sekolah dan berkumpul di padang sekolah.

Sambutan Hari Guru 2011


Kelab Guru & Kakitangan SKTR1 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru di Gelanggang Muafakat. Paluan kompang bergema mengiringi kehadiran Tuan Guru Besar, GPK dan para guru ke Gelanggang Muafakat. Ucapan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah dibacakan oleh Pn. Noraini Shahudin, GPK HEM dan perutusan Pengarah Pelajaran Johor pula dibacakan oleh En. Rodzuan Raziki, GPK Pentadbiran. Tuan Guru Besar turut menyampaikan ucapannya dan sekaligus merasmikan majlis sambutan tersebut.

Isnin, 9 Mei 2011

Kejohanan Ragbi 2011


T-ReX yang mewakili pasukan ragbi Sek. Keb. Taman Rinting 1 ke peringkat Negeri Johor telah dijulang sebagai Johan yang telah berlangsung di Kluang pada 6, 7 dan 8 Mei 2011. Tahniah diucapkan kepada para pemain dan jurulatih yang bertungkus-lumus. Berikut adalah rentetan pertandingan yang telah disertai:


1- Pertandingan Ragbi Terbuka Negeri Johor, sirkit 1: Naib Johan Kategori 'Cup' B12.
 Pada 26 Feb 2011 di SK Kem Iskandar, Mersing.

2- Pertandingan Ragbi Terbuka Negeri Johor, sirkit 2: Naib Johan Kategori 'Cup' B12.
 Pada 9, 10 April 2011 di SK Temenggong Abd. Rahman, Johor Bahru.

3- Pertandingan Ragbi Peringkat Daerah (MSSD): Johan
 Pada 24 April 2011 di SK Johor Jaya 1, Johor Bahru.

4- Pertandingan Ragbi Peringkat Negeri: Johan
 Pada 26 Feb 2011 di SM Sains Johor, Kluang.

Sukan Pra-Sekolah 2011

Pertandingan Sukan Pra-sekolah peringkat daerah telah berlangsung pada 7 Mei 2011 di SK Permas Jaya 2, Johor Bahru. SKTR1 tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya merangkul beberapa acara. Acara penyampaian medal di Perhimpunan Mingguan Sekolah telah disempurnakan oleh En. Rodzuan Raziki, GPK 1 SKTR1. Berikut ialah atlet cilik SKTR1:-


Siti Furhana - Johan (Lompat tinggi)

Nuralin - Johan (Lontar Bola Lisut)-pecah rekod
Siti Safiqah - Ketiga (Lontar Bola Lisut)-pecah rekod

Sarah Adlina Bt Kamarudin - Naib Johan (60 m)


4 x 50 meter - Ketiga
Sarah Adlina Bt Kamarudin
Nayuni Natasya
Erin
Rabiatul Adawiyah Bt Omar
Hidayah



Dalam keputusan keseluruhan, SKTR1 telah dinobatkan sebagai Naib Johan. Tahniah diucapkan!

Sabtu, 7 Mei 2011