INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Rabu, 13 Februari 2013

Program Semaian Kasih 2013

Para peserta memberikan perhatian ketika ceramah motivasi disampaikan.
3 FEB. - Program Semaian Kasih 2013 telah diadakan di Dewan Tertutup SKTR1 yang melibatkan semua murid Tahun 6 yang merupakan calon UPSR 2013. Program tersebut turut melibatkan penyertaan para ibu bapa/ penjaga murid-murid Tahun 6.

Program yang bermula pada 8.00 pagi itu mendapat sambutan yang baik daripada para peserta dan ibu bapa. Sesi ceramah motivasi dan teknik belajar merupakan aktiviti utama program itu diadakan yang telah disampaikan oleh Tn. Hj. Abdul Razak B. Hj. Hassim selepas ucapan Tuan Guru Besar, En. Shamsudin B. Yamhari disampaikan. Banyak ilmu yang telah dicurahkan kepada para peserta yang hadir buat persediaan  bagi menghadapi UPSR pada September nanti.

Usai sahaja slot ceramah motivasi disampaikan, sesi ikrar janji oleh calon-calon UPSR 2013, guru-guru dan ibu bapa/ penjaga diadakan sebagai kemuncak dan penutup program tersebut.

Berikut antara foto yang diambil..


Ikrar murid yang diketuai oleh Adik Hazwan dari 6 Terbilang.
Ikrar oleh para ibu bapa yang hadir.


Tuan penceramah (dari kanan) ditemani oleh Guru Besar dan GPK Pentadbiran.

Murid-murid yang hadir menikmati jamuan yang disediakan.

Ibu bapa yang hadir memberi sokongan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan