INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Isnin, 6 Januari 2014

Frog VLE: Opsyen Semakan ID dan Password (Ibu Bapa)


Makluman kepada ibu bapa murid-murid SKTR1, agihan 'User ID' boleh diperoleh dengan mengikuti langkah-langkah berikut.

1. Gunakan aplikasi GoogleChrome dan taipkan url: https://www.yes.my dan klik pada pautan '1BestariNet' seperti di bawah.





2. Cari paparan seperti berikut di bahagian bawah dan klik pada '1 Step' seperti di bawah untuk dapatkan 'User ID'. 




3. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk dapatkan 'User ID'. Masukkan maklumat dalam ruangan berikut dan tekan 'search'.




4. Sekiranya maklumat anda yang dimasukkan adalah betul, paparan berikut akan muncul. Sila catat dan ingat YES ID seperti dalam bulatan biru. Untuk dapatkan 'Password', sila masukkan emel dan no. telepon bimbit anda. 'Password' akan dihantar selepas anda klik 'Update'.




5. 'User ID' dan 'Password' yang diperoleh hendaklah diaktifkan dengan mengisi maklumat seperti berikut dan klik ''verify'.


6. Untuk login ke platform Frog VLE, anda masukkan 'ID' dan "Password' yang diperoleh ke bahagian berikut. Klik di sini.



atau di sini.. (Klik pada imej).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan