INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Rabu, 19 Mac 2014

Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah Peringkat Daerah Pasir Gudang 2014

18 MAC - Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah peringkat daerah telah diadakan di SK Kota Masai 2 selama sehari. Pelbagai pertandingan telah diadakan pada karnival tersebut seperti Bicara Berirama, Pesta Pantun, Bercerita Tahap 1 dan 2, dan Pidato Diraja.

Keputusan rasminya, peserta dari SK Taman Rinting 1 telah berjaya menjadi Naib Johan bagi pertandingan Bicara Berirama dan "Anugerah Konduktor Terbaik" telah dinobatkan kepada konduktor dari SKTR1, Adik  Mohd Hariz Danial Bin Mohd Ruzaidi. Sekalung tahniah kepada guru-guru yang terlibat. Berikut antara foto yang berkaitan.





Anugerah Konduktor Terbaik

Persembahan sebelum pertandingan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan