INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Isnin, 17 November 2014

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Peringkat Sekolah

13 November - Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah bagi tahun 2014/2015 telah diadakan selepas dengan jayanya. Antara acara yang dipertandingkan adalah bercerita kisah dari Al-Quran, Tilawah Al-Quran, Berzanji dan Azan. Acara-acara tersebut diadakan di Surau Al-Hidayah dan Gelanggang Muafakat.







Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan MTQ peringkat sekolah ini.

Johan bagi setiap acara akan mewakili sekolah bagi MTQSS peringkat zon Rinting, Pasir Gudang pada tahun 2015. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. 

Khamis, 13 November 2014

Majlis Khatam Al-Quran Tahun 6 2014

13 November - Majlis Khatam Al-Quran Tahun 6 telah berjaya dilaksanakan dalam satu majlis yang meriah. Seramai 109 peserta yang terdiri dari murid tahun 6 mengambil bahagian dalam majlis tersebut. Selain itu, majlis ini diserikan dengan pertandingan bunga telur.

Berikut antara foto yang berkaitan.











Tahniah kepada para peserta dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut..

Rabu, 12 November 2014

Sambutan Maal Hijrah 1436H Bersama PU Rahmat dan PU Izzat

02 November - Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436H peringkat SK Taman Rinting 1 bertemakan "PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA" telah dilaksanakan dengan meriahnya. Kemeriahan itu diserikan lagi dengan kehadiran 2 orang penceramah jemputan program realiti TV "Pencetus Ummah" iaitu PU Rahmat dan PU Izzat.















Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis sambutan tersebut. SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH......

Kem Bestari Solat Kali Ke 4

 Tahap 1 (Surau)

Aktiviti:-

1. Pengertian Bacaan Dalam Solat
2. Doa Selepas Azan
3. Bacaan Surah
4. Kuiz Hafazan Surah
5. Penilaian



Tahap 2 (Gelanggang Muafakat)

Aktiviti:-

1. Syarat Wajib Solat
2. Syarat Sah Solat
3. Pengertian Bacaan Dalam Solat
4. Tayamum
5. Solat Jenazah
6. Penilaian



Selasa, 11 November 2014

Kejohanan Ragbi KGV 10's ke 9 2014

1 dan 2 November - Pasukan ragbi SK Taman Rinting 1 (T-Rex) telah menyertai Kejohanan Ragbi KGV 10's yang berlangsung di Padang KGV dan Padang MPS.

Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut :-

Peringkat Kumpulan
1. T-Rex 14 - KL Saracens 5
2. T-Rex 19 - NS Development Jr 0
3. T-Rex 17 - Kings 0

Suku Cup/Plate
T-Rex 10 - Hagetaka Rugby Academy 7

Semi Cup
T-Rex 10 - Malaya Ceylon Rugby Club 5

Final
T-Rex 0 - KL Tiger (Royal Selangor Club) 10

Berikut adalah foto-foto pada hari tersebut.






Tahniah kepada para pemain dan barisan jurulatih..

Isnin, 14 April 2014

Ragbi Daerah Pasir Gudang 2014


 
 14 APRIL - Pertandingan Ragbi peringkat Daerah Pasir Gudang telah berlangsung di SK Johor Jaya 1. Pasukan SKTR1 yang menyertai pertandingan tersebut sebanyak empat pasukan. Keputusan perlawanan, SKTR1 A dan B telah menjadi juara bagi kategori 'Cup' dan 'Plate'. Pasukan SKTR1 C bagaimanapun sekadar memenangi tempat ketiga bagi kategori 'Bowl'.
Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah dan Jurulatih Ragbi sekolah, Cikgu Azim dan Cikgu Syahrul atas kejayaan tersebut.
 
Berikut foto pada hari tersebut.



 

Rabu, 19 Mac 2014

Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah Peringkat Daerah Pasir Gudang 2014

18 MAC - Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah peringkat daerah telah diadakan di SK Kota Masai 2 selama sehari. Pelbagai pertandingan telah diadakan pada karnival tersebut seperti Bicara Berirama, Pesta Pantun, Bercerita Tahap 1 dan 2, dan Pidato Diraja.

Keputusan rasminya, peserta dari SK Taman Rinting 1 telah berjaya menjadi Naib Johan bagi pertandingan Bicara Berirama dan "Anugerah Konduktor Terbaik" telah dinobatkan kepada konduktor dari SKTR1, Adik  Mohd Hariz Danial Bin Mohd Ruzaidi. Sekalung tahniah kepada guru-guru yang terlibat. Berikut antara foto yang berkaitan.





Anugerah Konduktor Terbaik

Persembahan sebelum pertandingan


Rabu, 5 Mac 2014

Mesyuarat Agung PIBG & Hari Anugerah Cemerlang 2013


22 FEB. - Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 dan Hari Anugerah Cemerlang 2013 telah diadakan dengan jayanya. Majlis yang saban tahun diadakan itu telah dirasmikan oleh wakil kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang yang diikuti dengan paluan kompang oleh murid-murid SKTR1.

Sambutan daripada ibu bapa sangat memberangsangkan. Pelbagai anugerah telah sampai kepada murid-murid yang terlibat. Majlis tersebut selesai pada jam 1.30 tengah hari.