INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Khamis, 22 September 2011

Majlis Penutupan Sambutan Kemerdekaan ke-54

21 Sept- Majlis Penutupan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 telah diadakan dengan penuh kemeriahan. Pada majlis yang sama, Perutusan Kemerdekaan Yang di-Pertuan Agong telah dibacakan oleh Pn. Noraini Shahudin selaka GPK HEM. Majlis tersebut telah dirasmikan penutupannya oleh En. Rodzuan Raziki, GPK Pentadbiran yang mewakili Tuan Guru Besar, EN. Mohammad Salleh Mirzan, diikuti tayangan nostalgia kemerdekaan.





Warga SKTR1 telah dipersembahkan dengan beberapa persembahan yang mengujakan. Antaranya ialah persembahan deklamasi sajak oleh murid Tahun 6, Bercerita oleh murid Pra-sekolah, Koir oleh murid Tahun 4, Pakaian Pelbagai Bangsa dan lai-lain lagi. Pada akhir majlis, murid-murid dan guru-guru bersama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik diiringi dengan kibaran Jalur Gemilang yang memenuhi Gelanggang Muafakat.

Semoga-moga nikmat kemerdekaan yang dikecapi ini berjaya dikekal. Selamat Hari Kemerdekaan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan