INFO TERKINI



"Minda dan Budaya di Perkasa, Sejarah Tercipta"
Selamat Datang Ke Weblog SK Taman Rinting 1

Selasa, 27 September 2011

Seminar Kenali Anak Kita Zon Selatan

25 Sept.- Kempen "Kenali Anak Kita" adalah kempen kemasyarakatan  yang dianjurkan oleh PENGASIH dengan usahasama PETRONAS. Seminar ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Johor Jaya bagi Zon Selatan yang merangkumi tiga buah negeri dibahagian selatan tanahair. Perlaksanaan kempen ini juga adalah dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan keluarga Negara (LPPKN), Kementerian Pelajaran Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Persatuan Ibu dan Guru (PIBG), serta agensi kerajaan tempatan. Maklumat lanjut tentang kempen ini di sini.



Dalam seminar tersebut, beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh tiga orang pembentang yang cuba mengenegahkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan anak-anak remaja masa kini bagi membangkitkan kesedaran para ibu bapa dalam langkah pencegahan yang berkesan terhadap masalah sosial dewasa ini.


PIBG SKTR1 telah dijemput untuk turut hadir ke seminar tersebut yang diwakili oleh dua orang bapa murid dan seorang guru.

Majlis Penutupan seminar tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Seminar itu juga telah diserikan dengan persembahan solo Jamal Abdillah yang mempersembahkan 3 buah lagu sebelum berakhirnya seminar tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan